Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Khabar Angin] Video GTA 6 dibocorkan secara besar-besaran, studio tuntut hak cipta!

safwan by safwan
September 19, 2022
in Artikel, Berita, Game Baru, Khabar angin, Multiplayer, Open World, Single Player
0 0
0
[Khabar Angin] Video GTA 6 dibocorkan secara besar-besaran, studio tuntut hak cipta!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, terdapat kebocoran besar-besaran yang mengaitkan dengan game open-world terbaru dari Rockstar. Dengan menampilkan seorang watak perempuan sebagai protagonis, besar kemungkinan ia adalah GTA 6 menurut video yang dibocorkan.

Kebocoran tersebut telah dilakukan oleh seorang yang bernama topotuberhacker dan mengatakan yang video-video tersebut telah di download daripada Slack. Fail tersebut mengandungi lebih kurang 80 video mengenai GTA 6. Buat masa sekarang, kebanyakan video yang bocor telah tidak tersedia kerana telah dituntut hak cipta oleh Take Two Interactive.

https://twitter.com/Who2Pitts/status/1571374176534929408?s=20&t=r7ak-j0rfYeMpmwDtoKflg

Jika kita lihat pada video yang dibocorkan, ia nampaknya sedang berlaku dalam bandar ang sangat popular oleh peminat GTA iaitu Vice City. Menurut laporan Bloomberg pada awal tahun lalu, game ini telah dibangunkan sejak 2014 dan besar kemungkinan akan dilancarkan dua tahun daripada sekarang.

GTA 6 gameplay leak. Seems very VERY legit. pic.twitter.com/tZjpfA1M2T

— Mars (@Mars69lol) September 18, 2022

Jika lihat pada video di atas, kita boleh lihat yang watak seorang perempuan sedang dimainkan kerana GTA 6 akan menampilkan seorang perempuan Latina. GTA 6 akan menampilkan sepasang watak utama dalam cerita yang dipengaruhi oleh perompak bank iaitu Bonnie dan Clyde.

https://twitter.com/GTA6KLDY/status/1571400374581436416?s=20&t=wIqw8I5FF4EATJNElt0bgw

Selepas banyak video yang telah dibocorkan di YouTube, Take Two Interactive telah menuntut hak cipta hampir keseluruhan video-video tersebut. Dengan menuntut hak cipta oleh Take Two Interactive, video-video tersebut kini telah pun dipadam dan sekali gus tidak tersedia di YouTube.

Jika betul, ini berkemungkinan masih dalam fasa alpha yang bocor dan menampilkan lelaki dan perempuan yang boleh dimainkan. Ia ternyata jelas sama sekali yang ia adalah bandar Vice City kerana terdapat beberapa rujukan dan lokasi khabar angin telah pun dilihat dalam video tersebut.

Saya ingin mengingatkan yang berita GTA 6 dibocorkan ini hanya sekadar khabar angin. Kami pun tidak pasti sama ada ianya benar ataupun tidak. Buat masa sekarang Take Two Interactive telah mengambil tindakan untuk menuntut hak cipta. Apapun, harapnya tidak berlaku perkara yang lebih serius dan boleh diselesaikan secepat mungkin.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: gta 6
Previous Post

Preview Resident Evil Village: Shadows of Rose DLC di TGS 2022!

Next Post

MPL Malaysia adalah kejohanan e-sukan paling lama berjalan di negara, diakui Malaysia Book of Records

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
MPL Malaysia adalah kejohanan e-sukan paling lama berjalan di negara, diakui Malaysia Book of Records

MPL Malaysia adalah kejohanan e-sukan paling lama berjalan di negara, diakui Malaysia Book of Records

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd