Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Khabar Angin: Ubisoft Ingin Mematikan Francais Watch Dogs

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 24, 2024
in Artikel, Berita, Game, Khabar angin
0 0
0
Khabar Angin: Ubisoft Ingin Mematikan Francais Watch Dogs

Kredit: Ubisoft

Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya Ubisoft tidak lagi berminat untuk mencipta game baharu untuk francais Watch Dogs. Menurut pemberi maklumat @j0nathan, siri tersebut telah “mati dan dikebumikan” (“dead and buried”).

Watch Dogs est normalement mort et enterré. Le bide de Legion a détruit les projets sur la licence (dont un Battle Royale assez original)

— j0nathan (@xj0nathan) April 21, 2024

j0nathan, yang telah berulang kali memberikan maklumat rahsia pada masa lalu (yang kemudiannya terbukti benar), menjawab soalan tentang masa depan francais Watch Dogs dan mengatakan bahawa Ubisoft tidak mempunyai rancangan untuk mencipta game baharu.

Selain itu, dia juga mengatakan bahawa Ubisoft telah membatalkan beberapa projek dalam francais, termasuk game battle royale dengan “aspek yang sangat original”.

Kredit: Ubisoft

Walaupun game AAA dan mempunyai konsep idea yang bagus, Watch Dogs: Legion gagal menarik jumlah pemain yang besar. Pada masa yang sama, siri Assassin’s Creed dan Far Cry masih memberi keuntungan kepada syarikat.

Watch Dogs: Legion menerima ulasan bercampur-campur daripada komuniti. Di Metacritic, user rating untuk Legion kini jatuh ke 6.2, penurunan yang drastik daripada Watch Dogs 2 yang mempunyai skor 7.7.

Kredit: Ubisoft

Ubisoft tidak mengumumkan hasil keuntungan Legion, dan satu-satunya maklumat yang diketahui tentang jualan game itu ialah laporan lama daripada VGChartz yang melaporkan bahawa Watch Dogs: Legion berjaya menjual 1.9 juta unit digital dalam masa tiga hari sahaja. Artikel tersebut memetik SuperData bagi sumber jualan.

Memandangkan filem Watch Dogs masih dalam pembikinan, Ubisoft mungkin masih cuba untuk meletakkan francais ini di arus perdana sebagai cara untuk meneruskan siri di haluan lain.

Buat masa ini, Ubisoft masih belum mengulas mengenai khabar angin ini.

Kredit: Ubisoft

Walaupun Watch Dogs tidak dapat mencapai populariti tinggi seperti Assassin’s Creed dan Far Cry, konsep tentang “hacking” dan implikasinya dalam dunia yang futuristik menunjukkan banyak potensi. Sayangnya, game ini tidak dapat menunjukkan kehebatan sebenarnya. Peluang untuk francais ini kembali dalam masa terdekat amat tipis, terutamanya kerana kos pembangunan AAA yang semakin meningkat, tetapi manalah tahu jika Ubisoft bermain untuk membawa Watch Dogs ke medium berbeza.

Kita hanya mampu “wait and see” sahaja.

Baca segala liputan kami tentang Watch Dogs di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ubisoftWatch Dogs
ShareTweetSend
Previous Post

MAPPA Tambah Kameo Super Saiyan Goku dalam Oblivion Battery, Tanda Hormat Kepada Akira Toriyama

Next Post

Himawari Ialah Tuan Terbaru Kyubi? Rupanya Kurama Masih Hidup Dalam Boruto

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
Himawari Ialah Tuan Terbaru Kyubi? Rupanya Kurama Masih Hidup Dalam Boruto

Himawari Ialah Tuan Terbaru Kyubi? Rupanya Kurama Masih Hidup Dalam Boruto

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd