Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Khabar Angin: Rockstar Sedang Rekrut Bintang Bully 2

Betul atau tidak?

Jade Ice by Jade Ice
March 4, 2019
in Artikel, Berita
0 0
0
Khabar Angin: Rockstar Sedang Rekrut Bintang Bully 2
0
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Lebih 10 tahun daripada keluaran asalnya pada tahun 2006, khabar angin semakin memuncak bahawa Rockstar sedang berusaha disebalik tabir membikin Bully 2.

Gamerant mendedahkan khabar angin bahawa Rockstar Games dengan usahasama Pinewood Studio, sedang mencari pelakon suara untuk game ini. Selama ini, berita-berita berkenaan pembangunan Bully 2 telah berjaya dihentikan oleh Rockstar, namun berita terkini ini bakal memberikan kesukaran kepada Rockstar untuk menidakkannya.

Pihak Pinewood Studio telah memanggil satu ujibakat suara yang memiliki keterangan sebagai pembuli muda. Ramai mempercayai bahawa ini ada hubungkait dengan Bully 2.

Lebih perincian lagi, Pinewood sedang mencari pelakon suara untuk “Male School Bully” yang berumur 7-13 tahun. Keterangan watak ini adalah seorang watak yang “toxic” dimana dia gemar menjadikan kawannya yang lemah sebagai bahan jenakanya. Walaupun nama watak dan tajuk game tidak diberikan, tetapi ini adalah tanda-tanda yang sangat jelas.

Tyler Fischer dari Comicbook berjaya menghubungi pengarah ujibakat ini untuk mengesahkannya, dan jawapan yang diberikan kurang memuaskan. Pengarah ini tidak mengatakan “ya” atau “tidak”, tetapi hanya menjawab yang dia tidak boleh memberikan sebarang komen pada masa ini.

Sememangnya Rockstar Games mengetahui yang peminat mereka mahukan Bully 2 dan dengan kemunculan Read Dead Redemption 2, ini memberikan lagi ruang untuk mereka bekerja.

Menambahkan lagi pada spekulasi ini adalah ulasan dari penganalisa game; Patcher, mengatakan yang Rockstar bakal mengumumkan game baru tahun ini dengan keluarannya dijangkakan pada tahun 2020.

Sama-sama kita nantikan maklumat susulan.

Sumber: Gamerant.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: bully 2casting callpinewood studiosrockstar gamesvoice actors
ShareTweetSend
Previous Post

Harry Potter: Wizards Unite Bakal Muncul Musim Panas Ini!

Next Post

Golongan Anti Vaksin Bakal Memasuki Plague Inc.

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Next Post
Golongan Anti Vaksin Bakal Memasuki Plague Inc.

Golongan Anti Vaksin Bakal Memasuki Plague Inc.

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd