
“Dari segi sekuel sekarang, Team Ninja ingin fokus untuk mengerjakan permainan baru, jadi sebenarnya tidak ada rancangan untuk Nioh 3 pada ketika ini. Setelah membuat beberapa projek baru dan memperoleh pengalaman dan kemahiran baru, saya ingin kembali ke siri ini pada suatu masa nanti, dan memanfaatkan semua pengalaman dan kemahiran baru yang kami peroleh bagi mencipta permainan yang lebih hebat untuk mengatasi Nioh dan Nioh 2.” -kata Yasuda kepada The Gamer.
Walaupun siri Nioh tidak akan menerima sekuel dalam masa terdekat, Team Ninja mempunyai projek rahsia untuk francais Ninja Gaiden. Dalam wawancara yang sama, Yasuda ditanya mengenai siri ini dan watak ikoniknya, Ryu Hayabusa. Yasuda memberi respon yang tidak jelas, tetapi memberitahu bahawa ada sesuatu dalam pembikinan.
“Ya, watak itu adalah watak terpenting dari semua francais kami. Memandangkan dia begitu penting, saya ingin dia muncul dalam permainan yang akan datang, dan akan mengumumkan maklumat tentang perkara ini di masa depan, secepat mungkin.” -kata Yasuda kepada The Gamer.
Komen Yasuda tentang Hayabusa memang menarik! Sekiranya Team Ninja memang sedang menumpukan perhatian pada projek baru, permainan Ninja Gaiden baru pun bukanlah dalam rancangan. Ia perlu diperhatikan bahawa Hayabusa telah lama dikhabarkan sebagai watak DLC seterusnya untuk Super Smash Bros. Ultimate dan ini mungkin petunjuk di mana Hayabusa akan muncul sebagai DLC atau kameo. Buat masa ini, peminat hanya perlu bersabar dan melihat apa yang akan diumumkan untuk kedua-dua francais ini!
Sumber – The Gamer
@gamersantaimy
Discussion about this post