Pada tahun ini, banyak kebocoran telah berlaku dan salah satunya adalah game Need for Speed: Unbound yang dijangka akan keluar pada tahun ini. Dengan adanya kebocoran terbaru, ia mencadangkan yang game ini akan dikeluarkan pada 2 Disember 2022 di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC.

Menurut Insider, pengumuman bagi Need for Speed: Unbound akan berlaku dalam masa 2 minggu dan akan menampilkan rapper dari America iaitu A$AP Rocky dalam trailer game itu nanti.
Seperti yang dibocorkan pada bulan Jun lalu, terdapat satu ciri-ciri baharu iaitu Meetup di mana pemain boleh berjumpa dengan pemain lain di seluruh peta dan berlumba sesama sendiri. Trek perlumbaan juga nampak sangat unik dengan penambahan kereta api yang akan melintas semasa pemain berlumba. Ia seperti adegan di dalam filem Fast & Furious.

Selain itu, Criterion Games akan memperkenalkan Need for Speed dengan menampilkan reka bentuk yang berlainan daripada ansuran sebelum ini dalam francais Need for Speed di mana mereka akan menggunakan reka bentuk yang seakan sama dengan TV siri yang tajuk The Boondocks.
Bukan setakat itu sahaja, mereka juga akan menambah elemen estetik kartun atau anime kepada kereta seperti asap, angin dan api yang keluar daripada kereta apabila kereta sedang laju, drift dan macam-macam lagi.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa ini adalah khabar angin sahaja dan tidak pasti sama ada ianya benar atau palsu. Jadi, ianya terpulang kepada anda untuk mempercayainya. Apa pendapat anda tentang Need for Speed: Unbound yang mungkin akan diumumkan pada bulan Oktober 2022 oleh EA? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post