Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Khabar angin mengatakan bahawa The Avengers Video Game akan keluar di next-gen konsol.

Avengers Assemble- to my game please.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 5, 2019
in Artikel, Berita
0 0
0
Khabar angin mengatakan bahawa The Avengers Video Game akan keluar di next-gen konsol.
Share on FacebookShare on Twitter

Pada beberapa tahun lepas, Square Enix mengumumkan bahawa studio Crystal Dynamics yang banyak meraih anugerah akan mereka sebuah video game berdasarkan The Avengers. Kita lajukan masa kepada sekarang, dan kita masih tidak tahu apa isi-isi projek tersebut. Tetapi terdapat senarai pekerjaan baru yang baru muncul. Ini menandakan bahawa kemungkinan game itu masih dalam pembikinan untuk konsol next-gen seperti PlayStation 5 dan Xbox terbaru.

Sumber – Crystal Dynamics

Senarai pekerjaan di laman web Crystal Dynamics memberitahu kami bahawa syarikat Crystal Dynamics sedang mencari External Lead Producer, yang bertanggungjawab bekerja dengan rakan kongsi di luar company bagi pihak studio ketika membina konsol next-gen dan game PC. Crystal Dynamics dan Square Enix harus bekerja dengan Disney dan Marvel apabila dalam pembikinan The Avengers, kerana Disney dan Marvel boleh dianggap sebagai rakan kongsi di luar.

Disebabkan hal ini, orang mula berspekulasi bahawa game The Avengers ingin dilancarkan untuk PS5 dan Xbox terbaru berbanding PS4 dan Xbox One. Sudah tentu, tidak mustahil untuk The Avengers menjadi judul cross-generation, tetapi pada tahap ini, sukar untuk saya pastikan. Seperti saya sebut, terlalu sedikit maklumat didedahkan kepada orang awam, jadi peminat hanya boleh membuat spekulasi mereka sendiri.

Thanks everyone for all of your interest in The Avengers Project. We’re hard at work on this very ambitious game, and are excited to share more when the time is right.#reassemble @CrystalDynamics

— Shaun Escayg (@ShaunEscayg) December 15, 2018

Senarai pekerjaan Crystal Dynamics sebelum ini juga memberi petunjuk kepada konsep game The Avengers. Umum mengetahui Crystal Dynamics mencari pekerja untuk mencipta “cutting-edge online experiences” digabungkan elemen sosial. Ini membuat peminat untuk percaya bahawa konsep game The Avengers akan menyerupai MMO, atau game bersifat MMO seperti Destiny atau The Division.

Kita juga tahu Crystal Dynamics mengupah bekas developer daripada Uncharted dan Dead Space untuk bekerja di game The Avengers. Ini mencadangkan The Avengers akan mempunyai beberapa elemen cinematic di dalamnya. Lagipun, kedua-dua Uncharted dan Dead Space sangat terkenal sebagai sebuah single-player game yang kuat terteraskan jalan cerita. Kemungkinan untuk The Avengers memiliki elemen yang sama adalah sangat tinggi.

Sumber – Crystal Dynamics

Sehingga Square Enix sedia untuk berkongsi maklumat tentang game The Avengers, kita hanya akan tahu melalui senarai pekerjaan dan  pengambilan bakat dan tenaga kerja daripada sumber lain. Tetapi Crystal Dynamics telah bekerja atas game ini untuk beberapa tahun, dan pada masa ini, moga-moga kita boleh mendapat maklumat yang lebih kukuh dan memuaskan. Jangan lah biarkan kipas susah mati Marvel ni mengamuk kang!

Sumber – GameRant

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Crystal DynamicsdisneyIn the makingMarvelsquare enixThe Avengers
Previous Post

Pemain Super Mario 64 kalahkan Bowser tanpa gunakan joystick!

Next Post

Temuramah bersama Pengurus Komuniti Days Gone James Lee!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Temuramah bersama Pengurus Komuniti Days Gone James Lee!

Temuramah bersama Pengurus Komuniti Days Gone James Lee!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd