Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Khabar Angin] Jujutsu Kaisen Tidak Tamat, Mungkin Ada Part 2?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 23, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Khabar angin, Manga
0 0
0
[Khabar Angin] Jujutsu Kaisen Tidak Tamat, Mungkin Ada Part 2?
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya siri manga popular Jujutsu Kaisen akan tamat dengan baki hanya satu bab lagi. Namun sejak kebelakangan ini, khabar angin tentang masa depan Jujutsu Kaisen semakin hangat, di mana gosip terbahar mendakwa bahawa manga ini tidak akan tamat, sebaliknya diteruskan dengan Part 2.

Kredit: Shueisha

Khabar angin ini berpunca daripada edisi terbaru Weekly Shonen Jump. Khususnya, satu teaser khas yang mengatakan bahawa Jujutsu Kaisen “akan diteruskan”.

Di penghujung bab 270, terdapat kotak teks yang berbunyi,:

“Isu terakhir Jujutsu-kousen”.. Tetapi Jujutsu Kaisen belum selesai! Berita terkini dan pengumuman “gembira”. Klimaks muktamad siri ini! Penutup siri ini! Bagaimanakah misi Itadori dan yang lain akan berjaya? Bakar pengakhiran yang menakjubkan ini di mata anda!”

Kredit: @f9x00

Info ini dipaparkan dalam bahagian ‘Jujutsu Technical College News’ di Weekly Shonen Jump, satu bahagian khas dalam majalah yang memberi tumpuan kepada semua perkara berkaitan JJK.

Setiap minggu, bahagian ini menyiarkan maklumat baharu mengenai francais, sama ada dari segi barangan, kolaborasi, anime, dan sebagainya. Seperti yang anda boleh bayangkan, teaser ini membuatkan ramai peminat teruja.

Kredit: Shueisha

Namun, harus diperhatikan bahawa ‘pengumuman gembira’ itu tidak menyebut langsung tentang manga.

Memang jelas Jujutsu Kaisen masih akan tamat pada minggu ini kerana Shuesha sendiri meminta kita untuk melihat “finale besar” dan “penyudahan siri” ini. Jadi, jika anda mengharapkan Jujutsu Kaisen Part 2, janganlah letak harapan yang tinggi dahulu. Lebih baik tunggu hingga bab terbaharu dikeluarkan secara rasmi.

Selepas penamat Jujutsu Kaisen, semua perhatian akan segera beralih kepada Studio MAPPA dan pembikinan anime musim ketiga, yang bakal mengadaptasi Culling Game arc. Jadi, jika bernasib baik, mungkin peminat akan mendapat pengumum rasmi tentang tarikh tayangan rasmi Jujutsu Kaisen musim ketiga.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
ShareTweetSend
Previous Post

Fatal Fury: City of the Wolves Mungkin Tambah Cristiano Ronaldo Sebagai Watak Boleh Dimainkan

Next Post

Senarai Lengkap Watak Dalam DRAGON BALL: Sparking ZERO! Sebanyak 182 Watak Untuk Cuba!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Senarai Lengkap Watak Dalam DRAGON BALL: Sparking ZERO! Sebanyak 182 Watak Untuk Cuba!

Senarai Lengkap Watak Dalam DRAGON BALL: Sparking ZERO! Sebanyak 182 Watak Untuk Cuba!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd