Saya tahu ramai yang menantikan sekuel God of War (2018), dan menurut pengarah asal God of War (2005), David Jaffe, sekuel ini mungkin akan keluar di PS5 dan PS4.
Dalam live stream terkini, Jaffe telah bermain God of War 2018 di halaman YouTubenya dan ditanya di pelantar apa yang God of War: Ragnarok, akan dilancarkan. Walaupun versi PS5 sudah disahkan, Jaffe menjangka ia akan dilancarkan untuk PS4.
Seems like #GodOfWarRagnarok will be cross-gen title after all!
“I’m sure the next #GodofWar will be #PS4,#PS5. Of course it will” david jaffe says.
W or L?🤔 pic.twitter.com/UJSsLRIWCu
— Joe Miller (@JoeMiller101) January 6, 2021
What @‘s the matter w/some of y’all fuckstix?! I have ZERO knowledge if the new GOW Is crossgen (but come on, of course it is). I was stating an opinion based on things Jim Ryan has said in press and the fact that I’m not a fucking moron. It’s not my place to reveal ANY GOW info.
— David Jaffe (@davidscottjaffe) January 6, 2021
“Oh, saya pasti God of War yang seterusnya adalah PS4/PS5. Sudah tentu,” -kata Jaffe.
Salah satu sebab adalah kerana Jaffe percaya pada Jim Ryan (CEO SIE) yang bercakap tentang rancangan Sony untuk terus menyokong PS4 selama beberapa tahun lagi. Ryan sebelum ini pernah ditanya jika God of War: Ragnarok akan dilancarkan di kedua-dua pelantar tetapi menolak untuk menjawab soalan itu. Oleh kerana itu, ramai peminat, termasuk David Jaffe, percaya bahawa GoW: Ragnarok adalah cross-gen.
Saya harus memaklumkan bahawa Jaffe tidak lagi pekerja di bawah Sony dan oleh itu, ini hanyalah teori. Dia tidak memiliki pengetahuan untuk menyokong pendapatnya dan dengan demikian, pendapatnya hanya berdasarkan perkara lain yang diketahui secara umum.
Tidak lama lagi, kita akan tahu jika God of War: Ragnarok akan dilancarkan pada PS4. Sekiranya Santa Monica Studio memang merancang untuk melancarkan permainan pada tahun ini, mereka pasti akan mendedahkan lebih banyak maklumat dan visual dalam bulan-bulan akan datang. Buat masa ini, peminat hanya dapat meneka bila permainan akan keluar – dan platform apa yang boleh dimainkan semasa pelancaran.
Sumber: David Jaffe

@gamersantaimy
Discussion about this post