Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Khabar angin] Ghost of Tsushima PC akan tiba di Steam pada Februari 2022!

Maira by Maira
December 29, 2021
in Artikel, Berita, Genre, PC, Steam
0 0
0
[Khabar angin] Ghost of Tsushima PC akan tiba di Steam pada Februari 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam sebuah siaran di Reddit, ada gambar yang menunjukkan bahawa Ghost of Tsushima PC mungkin akan tersedia di Steam pada Februari 2022. Baru-baru ini Sony mula memberikan banyak tajuk eksklusif konsol mereka sejak beberapa tahun yang lalu bermula dengan Horizon Zero Dawn dan Death Stranding pada 2020. Final Fantasy VII Remake dari Squre Enix juga telah mendapat port PC di Epic Store pada bulan ini. God of War dan Uncharted: Legacy of Thieves Collection juga dijadualkan untuk dilepaskan ke PC pada tahun depan.

Beberapa bulan yang lalu, ada kebocoran maklumat yang mengatakan akan ada lebih banyak lagi game eksklusif PlayStation akan dibawa ke PC. Walaupun ia sekadar khabar angin, tetapi beberapa game yang telah disenaraikan dalam kebocoran Nvidia itu adalah betul contohnya seperti FF7 Remake dan God of War. Jadi, kita boleh buat kesimpulan bahawa akan ada lebih banyak game PC dari tajuk-tajuk eksklusif PlaySation untuk tahun-tahun yang akan datang.

Menurut pengguna Reddit, Repulsive_Lettuce, dia ada mengongsikan senarai dari kedai game yang memaparkan Ghost of Tsushima dengan tarikh keluaran PC pada 7 Februari 2022. Jika anda ingin tahu Instant Gaming merupakan laman web yang menjual kod game tetapi kedai ini mempunyai banyak tajuk game yang tidak diumumkan seperti GTA 6, Bloodborne 2, Half Life 3 dan banyak lagi. Kemungkinan ini hanyalah berita palsu dari kedai tersebut.

Tetapi sesuatu yang menarik dari tarikh keluaran Ghost of Tsushima tersebut ialah ia hampir sama dengan kebocoran Nvidia beberapa bulan yang lalu tetapi hanya berbeza tarikh. Dalam kebocoran Nvidia, Ghost of Tsushima di jadualkan untuk dilepaskan pada 8 Februari. Khabar angin ini mengenai tarikh port PC Ghost of Tsushima ini masih belum disahkan lagi oleh Sony atau Sucker Punch. Jadi, kita hanya tunggu sahaja sebarang pengumuman dari mereka. Jika maklumat itu benar, ini mungkin peluang yang baik untuk pemain PC untuk bermain Ghost of Tsushima!

RelatedPosts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

Jika anda ingin membaca segala liputan mengenai game, sila klik pada pautan ini.

Sumber: screenrant

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ghost of tsushimaPCsteam
Previous Post

Ini senarai Game Hebat yang akan keluar pada tahun 2022! Semua game gempak belaka!

Next Post

Cosplayer Tokyo Revengers hampir ditangkap polis kerana disangka gangster betul!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Cosplayer Tokyo Revengers hampir ditangkap polis kerana disangka gangster betul!

Cosplayer Tokyo Revengers hampir ditangkap polis kerana disangka gangster betul!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd