Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Khabar angin] Ghost of Tsushima dan banyak lagi game PlayStation akan ke PC!

Maira by Maira
November 5, 2021
in Artikel, Berita, Genre, PC
0 0
0
[Khabar angin] Ghost of Tsushima dan banyak lagi game PlayStation akan ke PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Kebocoran baharu yang melibatkan servis NVIDIA GeForce telah mendedahkan beberapa permainan PlayStation yang akan datang ke PC pada masa hadapan, termasuk Ghost of Tsushima dan Returnal. Identiti beberapa port PC permainan konsol yang akan datang berpotensi didedahkan pada bulan September apabila datamine perkhidmatan NVIDIA GeForce mendedahkan beberapa nama dan tarikh keluaran untuk permainan tersebut.

Kebocoran asal memaparkan beberapa pengumuman besar-besaran, dengan mengandaikan bahawa ia adalah benar. Antara permainan yang dibocorkan ialah Kingdom Hearts IV, Chrono Cross Remaster, Final Fantasy Tactics Remaster dan port PC Shin Megami Tensei V, yang kini dianggap sebagai eksklusif Nintendo Switch. NVIDIA telah memberitahu bahawa tajuk-tajuk itu hanyalah spekulasi dan tidak boleh dianggap sebagai benar. Peminat meragui kenyataan itu kerana GTA: The Trilogy – Definitive Edition telah diumumkan.

Kebocoran data baru telah didedahkan oleh Okami Games di Twitter, yang diambil dari halaman Git Hub yang diarkibkan. Kebocoran ini bukan sahaja mengesahkan beberapa permainan dalam senarai sebelumnya, tetapi ia datang dengan beberapa tarikh pelancaran. Senarai itu menyatakan beberapa permainan PlayStation akan datang ke PC pada 2022. Tajuk-tajuknya adalah seperti berikut:

  • Ghost of Tsushima = 8 Februari 2022
  • Horizon Forbidden West = 30 September 2022
  • Ratchet and Clank = 3 Oktober 2022
  • Sackboy: A bid Adventure = 1 Mei 2022
  • Uncharted: Legacy of Thieves Collection = 7 Februari 2022

Tarikh ini mungkin akan berubah pada masa depan, jadi jangan anda letakkan harapan yang tinggi sangat terhadapnya. Anggap sahaja kebocoran data ini sebagai khabar angin buat masa ini.

RelatedPosts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

We may have just gotten Nvidia GeForce leak 2.0, this time with dates.

Some notable ones:
2024-01-02 – The Elder Scrolls VI
2022-06-01 – FF7R (PC)
2022-11-10 – Gears 6

Will update this thread with more.

*Dates are likely placeholders but may still give a general idea of ETA. pic.twitter.com/FW4M27cx42

— KAMI (@Okami13_) November 3, 2021

Walaupun hanya khabar angin buat masa ini, port PC untuk permainan PlayStation bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana PlayStation telah menukar PlayStation Mobile ke PlayStation PC untuk tujuan ini. Apa yang lebih memeranjatkan ialah betapa pantasnya permainan yang disenaraikan akan datang ke platform itu. Ghost of Tsushima baru sahaja dilancarkan setahun yang lalu manakalau Returnal pula baru sahaja keluar tahun ini.

Ramai peminat menjangkakan Sony akan menangguhkan beberapa tahun untuk membawa lebih banyak tajuk besar ke PC kerana ia akan mengurangkan nilai tajuk itu sebagai permainan eksklusif PS. Nampaknya Sony tidak berfikir seperti itu dan rasanya ada banyak lagi sebab untuk pelancaran port PC yang banyak ini.

Microsoft sudah pun menggunakan pelancaran konsol dan PC serentak untuk permainannya yang dipercayai sesetengah pihak merosakkan Xbox One jika dibandingkan PS4 dan Nintendo Switch kerana ia tidak mempunyai sebarang eksklusif yang sebenar. Nampaknya kita tengok bagaimana permainan PlayStation Sony pada PC akan membuahkan hasil terutamanya dalam era yang masih sukar untuk mendapatkan konsol generasi baru itu. Untuk liputan lain mengenai permainan anda boleh klik pautan ini.

Sumber: Screenrant , Okami Games, Git Hub

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PCPlayStation PCSony
Previous Post

Anime finale Bleach Thousand Year Blood War tidak akan “disensor”

Next Post

Trailer penuh Jujutsu Kaisen 0 didedahkan, animasi yang baik ditunjukan oleh MAPPA

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Trailer penuh Jujutsu Kaisen 0 didedahkan, animasi yang baik ditunjukan oleh MAPPA

Trailer penuh Jujutsu Kaisen 0 didedahkan, animasi yang baik ditunjukan oleh MAPPA

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd