Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Khabar Angin] EA mengumumkan game baru pada Julai 2022 termasuk Need for Speed & FIFA

safwan by safwan
June 27, 2022
in Artikel, Berita, Game Baru, PC, PS4, PS5, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[Khabar Angin] EA mengumumkan game baru pada Julai 2022 termasuk Need for Speed & FIFA
Share on FacebookShare on Twitter

Electronic Arts adalah syarikat pembangun game yang terkenal sejak dulu lagi. Dengan memperkenalkan game sukan seperti FIFA, Need for Speed dan banyak lagi, EA kini telah banyak terlibat dalam membangunkan game yang terkenal. Terdapat pendedahan yang mengesahkan bahawa EA akan mengumumkan game baharu bagi francais yang sedia ada seperti FIFA, Need for Speed dan Skate pada bulan Julai 2022.

Sebelum ini, EA telah mengesahkan bahawa mereka tidak akan mengadakan acara EA Play pada tahun ini. Namun, mereka akan mengumumkan beberapa game apabila ianya telah sedia. Tetapi ianya masih belum pasti game apa yang akan diumumkan selain FIFA 23, Skate 4 dan Need for Speed. Berikut adalah maklumat yang lebih terperinci untuk setiap satu game tersebut.

FIFA 23

Ini merupakan game terakhir yang dibangunkan oleh EA dengan menggunakan nama FIFA. Hal ini kerana, FIFA memutuskan untuk mengakhirkan partnership-nya bersama EA selepas mengeluarkan FIFA 23. Tetapi ini tidak bermaksud EA akan berhenti mengeluarkan game bola sepak, sebaliknya mereka akan menggunakan nama EA Sports FC dengan mengekalkan 300 lesen sedia ada.

Mereka akan menampilkan liga bola sepak perempuan di mana EA akan menggabungkan liga lelaki dan perempuan dalam satu game untuk menjadikan FIFA 23 lebih kepada “Unified Title”. Dengan menggabungkan liga tersebut, EA akan memperkenalkan Piala Dunia bagi jantina lelaki dan perempuan dalam FIFA 23.

Seperti yang dilihat pada blogpost di laman web rasmi FIFA 22, EA akan menambah ciri cross-play dan akan diuji dalam masa terdekat. Ciri ini mungkin akan ditambah ke dalam FIFA 23 dan menjadikan game pertama yang mempunyai ciri tersebut dalam francais FIFA.

Need for Speed

Sebelum ini, terdapat banyak khabar angin yang mengatakan Need for Speed akan dilancarkan pada tahun ini dengan menggabungkan reka bentuk estetik bersama elemen anime. Kali ini, Criterion Games akan memperkenalkan Need for Speed dengan menampilkan reka bentuk yang berlainan daripada ansuran sebelum ini dalam francais Need for Speed.

Mereka akan menggunakan reka bentuk yang seakan sama dengan TV siri yang tajuk The Boondocks. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga akan menambah elemen estetik kartun kepada kereta seperti asap, angin dan api yang keluar daripada kereta apabila kereta sedang laju, drift dan macam-macam lagi.

Selain itu, ia akan didatangkan dengan ciri baru iaitu Meetup di mana pemain boleh berjumpa dengan pemain lain di seluruh peta dan berlumba sesama sendiri. Trek perlumbaan juga nampak sangat unik dengan penambahan kereta api yang akan melintas semasa pemain berlumba. Ia seperti adegan di dalam filem Fast & Furious.

Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa tajuk game baru ini adalah Need for Speed: Unbound tetapi saya tidak pasti sama ada ianya adalah codename ataupun tajuk sebenarnya.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa ini adalah khabar angin sahaja dan tidak pasti sama ada ianya benar atau palsu. Jadi, ianya terpulang kepada anda untuk mempercayainya. Apa pendapat anda tentang FIFA 23 dan Need for Speed: Unbound yang mungkin akan diumumkan pada bulan Julai 2022 oleh EA? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: eafifaFIFA 23Need for SpeedNeed for Speed: Unbound
Previous Post

Hacker berjaya mencuri skin CS:GO bernilai $2 juta dari ‘inventori paling mahal di dunia’

Next Post

[Giveaway] Hatsune Miku: Project DIVA Mega Mix+ – Komen untuk menangi kod game percuma!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[Giveaway] Hatsune Miku: Project DIVA Mega Mix+ – Komen untuk menangi kod game percuma!

[Giveaway] Hatsune Miku: Project DIVA Mega Mix+ - Komen untuk menangi kod game percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd