Salah satu permainan eksklusif terbesar yang dilancarkan bersama dengan PlayStation 5 adalah Demon’s Souls. Walau bagaimanapun, jika khabar angin di bawah adalah betul, Demon’s Souls Remake mungkin akan keluar di PS4 dalam masa terdekat dan bukan lagi eksklusif untuk PS5.
🚨 Demon's Souls News :
🟥 YES ! Demon's Souls have PS4 Version in Database !
🟧 BUT This Version Can Be Cancelled , Can Be Release Soon Or Can Be only small Test Version For Developers
🟦 #DemonsSouls #PS5 #PS4 https://t.co/kbXXmuxq9P pic.twitter.com/2th3sWn0tj
— PlayStation Game Size (@PlaystationSize) June 16, 2021
Menurut akaun Twitter @PlayStationSize yang menjejak semua aktiviti yang berkaitan dengan PlayStation Store, versi PS4 untuk Demon’s Souls baru-baru ini muncul di pangkalan data kedai dalam talian tersebut. Walaupun kehadirannya tidak dijelaskan, ia mungkin menunjukkan bahawa Sony ingin membawa Demon’s Souls ke platform PS4 untuk meningkatkan purata penjualan. Walaupun permainan tersebut sangat hebat di PS5, ia tidak bermaksud veri PS4 tidak boleh dimainkan langsung. Pihak pemaju boleh menurunkan spesifikasi yang berkait dengan grafik dan fitur-fitur khas untuk PS5.
Namun, peminat harus ambil tahu tentang satu perkara. Seperti yang dimaklumkan oleh @PlayStationSize, versi PS4 muncul di PlayStation Store kerana beberapa sebab yang berbeza. Salah satu alasan adalah ia mungkin hanyalah satu ujian oleh pihak pemaju. Oleh itu, data PlayStation 4 untuk Demon’s Souls ini tidak ada kena mengena untuk pasaran pengguna. Saya pesan supaya semua peminat janganlah letak harapan 100% buat masa ini.
Jika anda berminat, Demon’s Souls Remake kini boleh didapati di PS5. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.
Sumber – Twitter

@gamersantaimy
Discussion about this post