Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Khabar Angin] Anime Boruto Dihentikan Akibat Terlalu Banyak Episod Filler!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 4, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Khabar angin
0 0
0
[Khabar Angin] Anime Boruto Dihentikan Akibat Terlalu Banyak Episod Filler!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun sering menjadi perdebatan di kalangan peminat, Boruto tetap dikenali sebagai salah satu anime popular, terutamanya kerana ia merupakan kesinambungan kepada Naruto.

Namun, sejak 26 Mac 2023, selepas tayangan episod 293, anime ini telah dihentikan tanpa tempoh yang jelas. Sehingga kini, masih tiada pengumuman rasmi mengenai bila atau adakah ia akan kembali, membuatkan peminat tertanya-tanya punca sebenar di sebalik keputusannya.

Episod Filler: Punca Utama Boruto Direhatkan?

🚨 TV Anime "Boruto: Next Generations" Faced 'Multiple Production Problems' according to Animators that worked on the series, the main reason is due to Filler Episodes.

However, Pierrot did make the situation clear to Animators & Paid them up to 4 times Extra during hard times.… pic.twitter.com/KCOGKara5I

— Anime Rave (@AniRave) January 28, 2025

Salah satu kritikan terbesar terhadap Boruto ialah jumlah episod fillernya yang terlalu banyak. Walaupun Naruto dan Naruto Shippuden juga mempunyai episod bukan canon, Boruto mengambilnya ke tahap yang lebih ekstrem sehingga episod filler mengatasi jalan cerita utama. Laporan terbaru mendakwa bahawa inilah sebab utama mengapa anime ini dihentikan tanpa tarikh kembali yang jelas.

Menurut sumber industri, Studio Pierrot, yang bertanggungjawab ke atas animasi siri ini, memutuskan untuk menghentikan produksinya sementara mereka menilai semula arah tuju anime tersebut. Ramai animatorβ€”sama ada yang bekerja tetap atau freelancerβ€”dilaporkan hilang motivasi kerana perlu menghasilkan terlalu banyak episod filler.

Kredit: Studio Pierrot

Walaupun keputusan untuk memasukkan filler bukan sepenuhnya di tangan Studio Pierrot, ada laporan yang menyebut bahawa studio tersebut sebenarnya boleh menolak untuk menghasilkan terlalu banyak episod bukan canon. Jika ini berlaku, kualiti anime mungkin akan menjadi lebih baik.

Seorang animator pernah berkongsi pendapatnya di media sosial mengenai perkara ini, menyatakan bagaimana keputusan produksi Studio Pierrot memberi kesan langsung kepada penerimaan anime ini.

They could decline an offer to make over 50 filler episodes which resulted in massive quality drop in boruto anime in 2022-2023. That way, more cool animators would love to work on the series.
πŸ‘

— EVAKOI (@evakoiani) October 5, 2024

Walaupun episod filler boleh digunakan untuk memberi ruang kepada manga agar tidak terlalu cepat dikejar oleh anime, bergantung terlalu banyak kepada filler selalunya mengakibatkan penurunan kualiti dan minat penonton.

Adakah Boruto Akan Kembali?

Kredit: Studio Pierrot

Sehingga kini, masih tiada pengumuman rasmi mengenai kepulangan anime Boruto. Dengan situasi semasa, ramai percaya bahawa Studio Pierrot mungkin menunggu kandungan manga berkembang lebih jauh sebelum membuat keputusan seterusnya.

Jika ini berlaku, mereka boleh mengadaptasi jalan cerita secara lebih tersusun dengan mengurangkan episod fillerβ€”sama seperti pendekatan yang diambil oleh anime popular lain seperti Attack on Titan dan Jujutsu Kaisen, yang menggunakan format anime bermusim berbanding siaran tanpa henti.

Kredit: Studio Pierrot

Jika Boruto kembali, kemungkinan besar ia akan diubah menjadi anime bermusim, yang dapat membantu menangani masalah pacing dan meningkatkan kualiti animasi. Sehingga itu, peminat yang ingin mengikuti perjalanan kisah Boruto boleh membaca manga yang kini sedang berlangsung dengan Boruto: Two Blue Vortex.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBoruto
ShareTweetSend
Previous Post

Jepun Memilih “10 Manga Paling Berharap Untuk Dijadikan Anime” Bagi Tahun Baharu!

Next Post

Unboxing MTG: Aetherdrift – Ayuh Berlumba dengan Pakej Berisiko Tinggi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!
Preview

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!

June 13, 2025
Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia
Demo

Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia

June 13, 2025
Metal Gear Solid Ξ”: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform
Berita

Metal Gear Solid Ξ”: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform

June 13, 2025
Next Post
Unboxing MTG: Aetherdrift – Ayuh Berlumba dengan Pakej Berisiko Tinggi!

Unboxing MTG: Aetherdrift – Ayuh Berlumba dengan Pakej Berisiko Tinggi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

Β© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

Β© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd