Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ketinggian & saiz kaki pernah dikongsikan, kali ini reka bentuk “Lady Dimitrescu” Resident Evil Village pula didedahkan!

Capcom nampaknya mengongsikan lagi mengenai antagonis kegemaran di Resident Evil Village

Nyny.A by Nyny.A
April 21, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Cosplay, Genre, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Ketinggian & saiz kaki pernah dikongsikan, kali ini reka bentuk “Lady Dimitrescu” Resident Evil Village pula didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Jika sebelum ini ketinggian dan saiz kaki Lady Dimitrescu telah dikongsikan, Capcom nampaknya sekali lagi telah berkongsi beberapa perincian baru mengenai salah satu watak kegemaran peminat dari Resident Evil Village yang akan datang ini. Dalam edisi terbaru majalah Game Informer, pengarah seni Tomonori Takano menyatakan bahawa pasukan mereka ingin mengelakkan wanita tinggi lampai itu terlalu kelihatan seperti vampire.

“Reka bentuk Dimitrescu menggunakan motif vampire,” kata Takano. “Tetapi jelas jika kita langsung menuju ke arah bahawa itu akan sangat stereotaip. Kami ingin memastikan kami membuat sesuatu yang lebih terkesan.”

Takano melanjutkan perkongsiannya dengan menyatakan bahawa pasukan itu berkolaborasi dengan idea untuk menjadikan Lady Dimitrescu lebih menonjol, dan satu idea yang muncul adalah membuatnya sangat tinggi. Secara khusus, dia berdiri setinggi sembilan kaki, enam inci. Para pemaju juga memperhatikan ketelitian pakaian Dimitrescu untuk membuatnya kelihatan unik.

 “Bercakap tentang pakaian juga, ia lebih kepada pakaian Gothic terus, ianya juga seperti dilupakan, jadi kami mengubahnya sehingga ianya nampak lebih menonjol,” kata Takano. “Seperti Village, kami ingin memastikan dia memiliki tingkat kepercayaan, tapi tidak dapat dilupakan.”

Pembangun juga mengesahkan dalam temu ramah itu bahawa nama lengkap Lady Dimitrescu adalah Alcina Dimitrescu dan bahawa dia tinggal di sebuah istana yang menghadap ke kampung bersama tiga wanita vampire. Mereka diibaratkan sebagai “anak perempuannya” tetapi sama ada atau tidak ada pertalian darah, itu yang harus dilihat di permainan penuh kelak.

Dalam berita lain mengenai wanita tinggi, anda mungkin salah menyebut nama Lady Dimitrescu selama ini. Yang agak menarik perhatian kami kerana sememangnya payah untuk menyebutnya;

I’ve received a few questions about the pronunciation of Lady Dimitrescu! Capcom briefed me on how to say it properly (believe me, I asked) and they approved the take, soooo take that for what you will. 😉 https://t.co/GsZuUviEuV

— Brittney Brombacher (@BlondeNerd) April 16, 2021

Bukan itu sahaja, satu lagi perkongsian yang agak menarik perhatian kami adalah makin banyak cosplay Lady Dimitrescu yang dikongsikan. Antara yang menarik dalam pertunjukan cosplay si galah ini adalah Bekas Olympian 6 kaki 9 inci hingga menjadikan Lady Dimitrescu ibarat realiti! Orang yang dimaksudkan adalah Yekaterina Lisina dan anda boleh lihat perkongsiannya melalui laman Instagram miliknya. Tetapi berikut sedikit gambar cosplay nya;

Juga, pelbagai demo tambahan dirancang untuk Resident Evil: Village, dengan yang berikutnya dijadualkan untuk dilancarkan pada 24 April. Sementara itu, permainan penuh akan tiba pada 7 Mei, tetapi anda boleh melihat beta terbuka permainan multiplayer seterusnya RE: Verse yang bermula hari ini. Wowo Lady Dimitrescu Resident Evil Village memang menarik perhatian, dengar cerita dalam permainan pun dia sangat menonjol, jadi jangan lupa akan pelancarannya dan review kami kelak ok!

Sumber: Game Informer, Gamespot; ekaterina_lisina15

Muat turun di sini
Resident Evil Village
Developer: CAPCOM
Release Date: 2021-05-07
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Resident Evil Village adalah permainan video seram survival yang akan dibangunkan dan diterbitkan oleh Capcom. Ini akan menjadi ansuran utama kesepuluh dalam siri Resident Evil, dan sekuel Resident Evil 7: Biohazard.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CapcomLady DimitrescuResident Evil VillageTomonori Takano
Previous Post

Review Fantasian: Umpama Final Fantasy tapi dalam versi moden untuk iOS!

Next Post

Among Us akan melancarkan update dengan tambahan warna baru dan lobi lebih besar!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Among Us akan melancarkan update dengan tambahan warna baru dan lobi lebih besar!

Among Us akan melancarkan update dengan tambahan warna baru dan lobi lebih besar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd