Kamen Rider antara francais tokusatsu yang popular di seluruh dunia, lebih-lebih lagi dengan kostum yang bertemakan kumbang. Tetapi bermula era Heisei, pelbagai tema lain telah digunakan untuk kostum Kamen Rider, contohnya zodiak, kad terup, vampire dan banyak lagilah. Yang pasti tali pinggang wajib ada pada kostum setiap Kamen Rider.

Kalau anda ingin tahu, bermula tahun 2000 francais Kamen Rider ini dihidupkan semula. Semasa tahun 1990, francais ini tidak mengeluarkan siri terbaru tetapi lebih tertumpu pada stage show, musical CD dan filem untuk Kamen Rider lama. Era Heisei ini juga agak spesial kerana terdapat dua fasa untuk francais. Jadi, kami akan menceritakan secara ringkas mengenai siri Kamen Rider era Heisei fasa pertama dahulu. Tanpa membuang masa, jom kita mulakan.
* Anda boleh membaca Kamen Rider di era Shōwa di sini *
Kamen Rider Kuuga

Siri ini merupakan siri Kamen Rider pertama untuk era Heisei. Malah ia juga siri pertama yang menggunakan format dkrin lebar berbanding skrin petak pada era Heisei. Kamen Rider Kuuga mengikuti puak Gurongi yang melakukan keganasan terhadap Rinto sehinggalah seorang pahlawan bernama Kuuga muncul dan mengalahkan mereka. Ketua kepada puak itu juga telah diperangkap di sebuah gua. Langkau masa, protagonis kita, Yusuke Godai telah merasakan dirinya dikaitkan dengan tali pinggan yang misteri dijumpai sebuah gua. Ketika itu jugalah puak Gurongi ini kembali dan mula menyerang keturunan Rinto dan orang lain. Kini, tiba masanya untuk Yusuke menggunakan kuasa Kuuga untuk menghentikan serangan tersebut. Bukan setakat itu sahaja, pelbagai misteri di sebalik Kuuga dan ketua Gurongi juga akan didedahkan.
Kamen Rider Agito

Agito merupakan siri yang sering dilihat sebagai sekuel kepada Kamen Rider Kuuga kerana G3-System dalam siri tersebut. Ada juga yang mengatakan bahawa ia sebenarnya universe yang lain daripada Kuuga.
Kamen Rider Agito akan mengikuti Shoichi Tsugami yang telah kehilangan memorinya. Dia tidak ingat apa-apa mengenai dirinya tetapi dia boleh bertukar menjadi “Agito” setiap kali “Unknown” muncul untuk membuat kecoh serta membunuh di Tokyo. Jabatan polis juga mengeluarkan powersuit G3 untuk melawan mereka. Pelbagai misteri akan dirungkai sepanjang siri ini serta sifat sebenar Agito yang akan menentukan nasib manusia.
Kamen Rider yang muncul sepanjang siri: Agito, G3, G3-X, Gills, Another Agito
Kamen Rider Ryuki

Rasanya memang ramai antara kita mengenali Kamen Rider Ryuki lebih-lebih lagi dengan penggunaan kad untuk menyerang. Plotnya tertumpu pada Rider War, di mana Kamen Rider akan berlawan antara satu sama lain untuk mendapatkan hajat meraka ditunaikan. Tetapi hanya satu Kamen Rider sahaja layak.
Protagonis, Shinji Kido merupakan seorang wartawan yang ceria untuk Jurnal ORE, menjadi Kamen Rider Ryuki untuk melindungi orang ramai daripada raksasa yang tinggal dalam Mirror World dan menghentikan perang antara Rider yang dimulakan oleh Shiro Kanzaki. Setiap Rider selain Shinji telah ditarik untuk sertai pertempuran Rider kerana perjanjian mengenai hajat mereka yang akan ditunaikan. Dalam kekacauan yang berlaku, Shinji telah berkawan dengan Ren Akiyama (Kamen Rider Knight) dan Kanzaki Yui.
Kamen Rider yang muncul sepanjang siri: Ryuki, Knight, Scissors, Zolda, Raia, Gai, Ouja, Odin, Tiger, Imperer
Kamen Rider 555 (Faiz)

Siri ini bermula dengan Smart Brain yang ingin mengambil alih dunia menggunakan Orphnoch. Mereka telah menghasilkan suit hebat dipanggil Rider Gear untuk mencari dan melindungi Orphnoch King, yang boleh membaiki kecacatan dalam DNA Orphnoch yang menyebabkan struktur genetik mereka rosak yang boleh menyebabkan kematian. Tetapi Rider Gear itu telah dicuri oleh Hanagata. Takumi Inui pula seorang lelaki biasa yang terperangkap dalam konflik antara Orphnoch dan manusia dan akhirnya bertukar menjadi Kamen Rider Faiz untuk menyelamatkan Mari Sonoda. Sejak itulah dia telah diburu kerana Faiz Gear yang digunakan.
Kamen Rider yang muncul sepanjang siri: Faiz, Kaixa, Delta
Kamen Rider Blade

Antara siri Kamen Rider yang unik kerana reka bentuk kostum Kamen Rider Blade menggunakan motif kad. Plot bermula apabila pasukan arkeologi secara tidak sengaja melepaskan “Undead” ke dunia nyata.
Setelah membangunkan Rider System berdasarkan kebolehan Undead, dua lelaki muda telah dipilih untuk menjadi Kamen Rider oleh organisasi BOARD. Kedua-dua lelaki itu, Kazuma Kenzaki dan Sakuya Tachibana berlawan sebagai Kamen Rider Blade dan Kamen Rider Garren untuk melindungi manusia daripada Undead dan perangkap mereka kembali. Bersama mereka, Chalice seorang lagi Kamen Rider misteri yang juga melawan Undead. Seorang lagi lelaki yang berusaha untuk mengawal kuasa Rider System juga berlawan sebagai Kamen Rider Leangle.
Kamen Rider yang muncul sepanjang siri: Blade, Garren, Chalice, Leangle
Kamen Rider Hibiki

Kamen Rider Hibiki datang dengan tema baru serta gaya berlainan daripada siri lain dalam francais. Pada mulanya ia dihasilkan sebagai reboot kepada Henshin Ninja Arashi dan setelah banyak kali ditukar, akhirnya Hibiki menjadi salah satu francais Kamen Rider.
Plotnya menceritakan tentang Kamen Rider yang dikenali sebagai Oni, melawan raksasa yang dipanggil Makamou. Hibiki, salah seorang daripada Oni akhirnya melatih Asumu Adachi, seorang budak lelaki yang tidak yakin dengan dirinya sendiri. Asumu belajar untuk menjadi dewasa dengan melihat Hibiki dan oni lain berlatih untuk mengasah kemahiran mereka untuk melawan Makamou. Tetapi bilangan Makamou yang meningkat secara mendadak hanyalah permulaan kepada malapetaka yang akan datang.
Kamen Rider yang muncul sepanjang siri: Hibiki, Ibuki, Todoroki, Zanki, Danki, Sabaki, Eiki, Gouki, Shouki, Touki, Banki, Shuki, Michibiki, Kachidoki, Genki, Yamabuki
Kamen Rider Kabuto

Siri ini mengikuti Soji Tendo yang berlatih sepanjang hidupnya untuk memakai Kabuto Zecter untuk menjadi hero dikenali sebagai Kamen Rider Kabuto. Sepanjang perjalanannya untuk memusnahkan “Worms” Tendo telah berjumpa dengan Rider lain dan sudah tentu dengan banyak musuh lain. Dia telah berjumpa dengan Arata Kagami dan akhirnya bekerjasama untuk menyelamatkan dunia dan membongkar segala rahsi yang disimpan oleh ZECT.
Kamen Rider yang muncul sepanjang siri: Kabuto, Gatack, TheBee, Drake, Sasword, KickHopper, PunchHopper, Dark Kabuto
Kamen Rider Den-O

Den-O mengikuti Ryotaro Nogami yang sering ditimpa nasib malang. Suatu hari dia telah menjumpai satu laluan misteri dan pelbagai kejadian pelik telah berlaku. Disebalik perkara yang berlaku, Ryotaro telah menjadi Kamen Rider Den-O dengan bantuan Momotaros, Imagin yang keras kepala dan ganas. Dia telah mengembara ke masa yang berbeza di DenLiner untuk melawan Imagin jahat yang ingin mengubah masa lampau untuk mempengaruhi masa depan. Sepanjang perjalanan, Ryotaro telah berjumpa Imagin dan Rider lain yang turut membantunya.
Kamen Rider yang muncul sepanjang siri: Den-O (dengan pelbagai form), Zeronos, Gaoh
Kamen Rider Kiva

Siri Kamen Rider ini bertemakan seram dengan bermotifkan vampire. Kisahnya bermula dengan kehilangan bapa Wataru Kurenai pada 22 tahun yang lalu. Dia yang tinggal di “rumah berhantu” telah bertukar menjadi Kamen Rider Kiva untuk melawan raksasa yang dikenali sebagai Fangires, makhluk sama yang dilawan bapanya sebelum hilang. Wataru juga terpaksa berdepan dengan Kamen Rider lain sepanjang siri. Yang menariknya, penceritaan Kiva telah dibahagikan kepada dua, di mana bahagian pertama mengenai Wataru pada masa sekarang dan bapanya, Otoya pada masa lampau. Dari situ jugalah penonton dapat melihat kaitan antara puak Fangire dan Kiva.
Kamen Rider yang muncul sepanjang siri: Kiva, Ixa, Saga, Dark Kiva
Kamen Rider Decade

Siri ini merupakan Kamen Rider terakhir untuk fasa pertama era Heisei. Decade mengikuti Natsumi Hikari yang sering bermimpi tentang Rider War, di mana setiap Rider daripada era Heisei menyerang seorang pahlawan dikenali sebagai “Decade”. Satu hari, raksasa dari dimensi berbeza telah menyerang orang ramai dan menyebabkan dunia huru-hara. Tsukasa Kadoya, yang telah terpisah daripada Natsumi berjumpa dengan Wataru Kurenai, yang memberitahunya tentang mengenai Kamen Rider Decade, pemusnah dunia. Apabila mengetahui bahawa 9 dunia Kamen Rider bergabung menjadi satu, Tsukasa telah mengembara ke dunia berbeza untuk menghapuskan kuasa jahat disebalik kejadian itu dan mencari dunia yang boleh dipanggil tempat tinggalnya.
Kamen Rider utama yang muncul sepanjang siri: Decade, Diend
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan buat masa ini. Nantikan bahagian kedua untuk Kamen Rider yang menceritakan tentang fasa kedua francais untuk era Heisei. Untuk membaca liputan lain mengenai tokusatsu daripada kami, sila klik pautan ini.
Sumber: Kamen Rider Fandom
@gamersantaimy
Discussion about this post