Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kes viral: Call of Duty menjiplak anime Goblin Slayer!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 8, 2021
in Anime, Artikel, Battle Royale, Berita
0 0
0
Kes viral: Call of Duty menjiplak anime Goblin Slayer!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau kita bercakap tentang industri hiburan, tidak kira filem televisyen atau gaming, isu plagiat masih adalah kes yang berkontroversi dan sering melibatkan pelbagai pihak termasuk peminat. Malangnya, masih ada beberapa francais besar yang ditangkap memplagiat atau menjiplak kandungan dari sumber luar. Baru-baru ini, satu kes telah menjadi viral apabila siri terkenal Call of Duty nampaknya telah menjiplak anime Goblin Slayer.

Kejadian ini menjadi viral selepas user Twitter@HUSK3GAM3R memuat naik satu gambar di platform sosial tersebut. Gambar berkenaan adalah header untuk mempromosikan bundle anime terbaru di Call of Duty: Modern Warfare. Bermula situ, ramai netizen mula sedar bahawa ada satu persamaan yang sangat jelas dan setelah melakukan sedikit penyiasatan, ternyata artwork Call of Duty itu itu berasal dari anime popular Goblin Slayer.

Okay, looked it up and apparently the Notice Me IV bundle is from Modern Warfare and not Cold War. But the point still stands. They still lifted from the Goblin Slayer OP https://t.co/l8jOUYFk6j

— Husker (@HUSK3RGAM3R) August 28, 2021
“Memandangkan banyak kontroversi sedang mengelilingi Activision Blizzard, nampak mereka pergi meniru satu frame dari opening Goblin Slayer untuk mempromosikan pek anime baru dalam Cold War (bukan Cold War, tetapi Modern Warfare).

Dengan cepat, ramai netizen membandingkan kedua-dua gambar tersebut, dan terbukti apa yang mereka kata itu betul. Memang tidak boleh disangkal yang Blizzard telah meniru anime Goblin Slayer dan cuba untuk mempromosikan artwork ini secara terbuka. Setahu saya, tidak ada kontrak telah dibuat antara dua pihak ini dan kita pun tidak akan tahu cerita sebenar melainkan jika Activision Blizzard memberi respons rasmi kepada isu di atas.

Pagi tadi pun, Call of Duty: Vanguard telah mempamerkan gameplay rasmi untuk sesi multiplayer permainan. Rakan saya ada membuat preview pendek yang korang boleh baca di SINI, jadi faham-faham lah yang semua sedang sibuk dan tidak ada masa untuk melayan “hal remeh” seperti ini. Selain itu, korang boleh baca segala liputan kami tentang anime dengan menekan pautan ini!

RelatedPosts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBlizzardCall Of DutyGoblin Slayerplagiat
Previous Post

Cloud Song kini dilancarkan di Asia Tenggara! Jom muat turun sekarang!

Next Post

Pokémon the Movie: Secrets of the Jungle akan tiba di Netflix 8 Oktober ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Pokémon the Movie: Secrets of the Jungle akan tiba di Netflix 8 Oktober ini!

Pokémon the Movie: Secrets of the Jungle akan tiba di Netflix 8 Oktober ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd