Pada bulan April tahun lepas, pengasas Player Unknown’s Battlegrounds, PUBG Corporation menyaman NetEase Inc di mahkamah persekutuan Amerika Syarikat atas pelanggaran hak cipta, persaingan tidak adil, dan pelanggaran hak perdagangan, untuk games Knives Out dan Rules of Survival yang dikatakan klon haram PUBG. Tujuan awal saman itu menunjukkan yang kedua-dua game tersebut mempunyai persamaan dari segi visual, audio dan juga gameplay. PUBG menambah lagi alatan memasak seperti kuali juga sebenarnya adalah trademark untuk game tersebut.

Membalas saman yang dikenakan itu, NetEase mendakwa tuntutan mereka (PUBG Corp.) adalah “percubaan tidak malu” yang menggunakan undang-undang hak cipta untuk memonopoli genre pertempuran battle royale dan menghalang persaingan sebenar.
PUBG pula membalas, tindakan defendan untuk menyerang tuntutan PUBG adalah tidak berasas. PUBG bukannya berniat untuk memonopoli permainan video battle royale yang ‘popular’, sebaliknya, ia bertujuan untuk melindungi hak ekspresi kreatif dan unsur-unsur unik tersendiri dalam game BATTLEGROUNDS. Malah, mereka mendakwa lagi yang NetEase membuat beberapa update untuk game tersebut selepas pihak PUBG mengeluarkan saman terhadap syarikat tersebut supaya mereka boleh membuktikan ke mahkamah yang tiada persamaan pada game mereka.
PUBG Corp, NetEase settle copyright lawsuithttps://t.co/TzqcXMhdSf
— GamesIndustry (@GIBiz) March 25, 2019
Setelah hampir satu tahun perbicaraan, kes tuntutan mahkamah ini akhirnya selesai. Walau bagaimanapun, syarat-syarat penyelesaian adalah rahsia dan masa depan untuk game Knives Out dan Rules of Survival masih tidak jelas. Adakah NetEase akan membuat perubahan untuk kedua-dua game tersebut? Tidak pelik untuk PUBG risau akan kehadiran NetEase kerana mengikut satu laporan pendapatan 2018, NetEase telah memperoleh hampir 6 Billion USD daripada game dalam talian walaupun China mengehadkan lesen permainan baru! Apa-apa pun, semua masalah dah settle, takde drama lagi dah!
Sumber: The McArthur Law Firm
@gamersantaimy
Discussion about this post