Pada awal bulan ini, seperti yang kita tahu, filem terbaru My Hero Academia: World Heroes’ Mission baru sahaja ditayangakan di pawagam. Ramai peminat anime sudah semestinya teruja untuk menontonnya tetapi ada juga yang masih tidak bertanggungjawab. Kegiatan lanun sudah mula kembali dan pihak GSC dan ODEX perlukan bantuan peminat anime untuk menghentikannya.

Baru-baru ini, terdapat satu catatan yang telah dikeluarkan oleh ODEX Malaysia & Brunei. Ianya untuk mengingatkan semua peminat anime dan penonton mengenai rakaman haram filem dari filem anime. Nampaknya masih ada lagi yang tidak faham bahasa dan merekod filem terbaru yang sedang ditayangkan. Dan dengan itu, pihak ODEX dan GSC memanggil semua peminat anime di pawagam untuk membantu mereka dalam menangani masalah ini.

Sekiranya anda melihat seseorang yang sedang merakam filem melalui telefon mereka, anda hendaklah:
- Menjerit kepada mereka agar menghentikan rakaman tersebut dari fon mereka.
- Orang lain yang mendengarnya juga perlu menyokong dan turut serta agar pihak tersebut berhenti merakamnya.
- Jika pihak terbabit masih tidak mahu menghentikan rakamannya, anda boleh memanggil staf pawagam melalui telefon kecemasan di luar pawagam. Mereka akan memberikan tindakan lanjut kepada pesalah.

Dalam catatan itu juga, pihak ODEX mengingatkan bahawa mengambil gambar atau rakaman dari filem merupakan satu kesalahan jenayah. Pihak yang terlibat dalam perkara ini akan dikenakan hukuman dari pihak berkuasa. Jadi, anda semua yang membaca artikel ini, kalau boleh praktikkan perkara di atas. Bukan senang untuk negara kita mendapat tayangan filem anime ini. Selalunya negara jiran lebih mempunyai banyak peluang daripada kita. Jom ramai-ramai kita halang kegiatan lanun cetak rompak dalam industri ini!
Untuk segala liputan mengenai anime, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post