Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kes copyright Lofi Girl selesai, FMC Music Malaysia dakwa akaun Youtube digodam!

Maira by Maira
July 14, 2022
in Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Kes copyright Lofi Girl selesai, FMC Music Malaysia dakwa akaun Youtube digodam!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau nak buat kerja atau belajar, mesti ramai antara kita yang akan pergi ke satu saluran Youtube, Lofi Girl. Ia memang saluran yang terkenal dengan livestream muziknya yang tenang dan sesuai untuk didengar sambil membuat kerja. Pada minggu lepas, kecoh apabila video livestream-nya dibuang disebabkan tuntutan hak cipta pada video tersebut. Lebih mengejutkan lagi, yang menuntut hak cipta daripada Lofi Girl dilakukan oleh syarikat muzik di Malaysia. Jom kami ceritakan dengan lebih lanjut.

Pada 10 Julai yang lalu, Lofi Girl telah mengongsikan isu tuntutan hak cipta daripada Youtube untuk videonya bertajuk “lofi hip hop radio – beats to relax and study to”, yang merupakan livestream muzik yang bermula pada Februari 2020. Video tersebut juga telah mempunyai lebih daripada 668 juta pendengar. Video lainnya juga ada yang terkesan disebabkan tuntutan hak cipta tersebut.

The lofi radios have been taken down because of false copyright strikes, hopefully @YouTubeCreators @YouTube will sort this quickly… pic.twitter.com/X01hL6jT2N

— Lofi Girl (@lofigirl) July 10, 2022

Selepas kecoh di Twitter mengenai isu tersebut, Youtube sendiri telah memberikan makluman mereka, dan mengatakan bahawa video tersebut akan tersedia semula dalam masa 24 jam sehingga 48 jam. Ini sudah semestinya menggembirakan peminat tetapi ia tidak berhenti di situ.

Sudah namanya netizen Malaysia, sudah tentu ramai yang akan ke sosial media syarikat muzik tersebut, punca kepada masalah ini. Akaun sosial FMC Music Sdn Bhd, penuh dengan komen-komen pedas daripada netizen. Ada juga yang meninggalkan komen bahawa apa yang mereka lakukan memalukan nama negara.

FMC Music juga telah memberikan kenyataan kepada media lain bahawa akaun Youtube mereka sebenarnya telah digodam pada minggu tersebut. Nampaknya penggodam tersebut telah menggunakan akaun Youtube FMC Music Malaysia untuk menuntut hak cipta daripada Lofi Girl. Pihak mereka menambah bahawa mereka telah melaporkan masalah ini kepada Google dan berharap dapat selesaikan masalah ini.

Youtube juga ada menyatakan bahawa mereka akan menutup akaun syarikat tersebut selepas menentukan bahawa fungsi tuntutan itu telah disalah guna. Buat masa ini, akaun FMC Music masih lagi boleh diakses. Sama ada ia akan betul-betul ditutup, kita lihat sahaja nanti.

Lofi Girl turut berterima kasih kepada peminatnya di atas sokongan yang diberikan selama ini. Akaun Lofi Girl juga telah memulakan livestream baru dengan tajuk video sama. Anda bolehlah sambung mendengar muziknya yang tenang itu semula.

The lofi radios are back! 🎶

Tune in now and say hi in the chat → https://t.co/zVocn5oqiR

— Lofi Girl (@lofigirl) July 12, 2022

Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan menarik daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

Stray & Marvel’s Avengers termasuk dalam katalog game PS Plus bulan Julai 2022!

Next Post

Sistem Bandai Namco kena hack, maklumat pelanggan mungkin dicuri!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Sistem Bandai Namco kena hack, maklumat pelanggan mungkin dicuri!

Sistem Bandai Namco kena hack, maklumat pelanggan mungkin dicuri!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd