Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Kerjaya] Syarikat game Todak Studios menawarkan kerja kosong, sehingga 11 jawatan dibuka!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 10, 2021
in Artikel, Berita, Panduan, Peluang Kerjaya, Tempatan
0 0
0
[Kerjaya] Syarikat game Todak Studios menawarkan kerja kosong, sehingga 11 jawatan dibuka!
Share on FacebookShare on Twitter

Terdapat banyak syarikat game yang cemerlang di Malaysia dan salah satu adalah Todak Studios , yang melancarkan “Polis Sentri” pada bulan Ogos lalu. Baru-baru ini, mereka kelihatan agak sibuk dan nampaknya mula membuka pelbagai kerja kosong di dalam syarikat. Selain jawatan dalam produksi permainan video, sesiapa yang berminat juga boleh memohon untuk jawatan kosong berkaitan pemasaran.

Bagi mereka yang tidak tahu, Todak telah ditubuhkan pada 2017. Ia bermula sebagai idea untuk mencipta ekosistem lengkap yang merangkumi semua lapisan masyarakat. Idea itu kemudian bertukar menjadi impian, di mana ahli pengasas bekerja keras dalam memastikan impian mencipta jenama gaya hidup menjadi kenyataan.

Jenama Todak menaungi beberapa anak syarikat yang memberi fokus yang berlainan seperti Todak Culture (Produk), Todak Studios (Pembangunan Permainan), Todak Fusion (Hiburan dan Pengurusan Acara) dan Todak Academy (Pembelajaran Kontemporari). Todak juga aktif di dalam membangunkan komuniti-komuniti di Malaysia seperti komuniti sukan permotoran, sukan ekstrem, E-sukan, Kereta RC, berbasikal dan sebagainya.

Tumpuan kali ini adalah Todak Studios yang memfokuskan pada pembangunan dan penerbitan permainan video. Selain daripada produksi permainan video, mereka juga terlibat dalam pengeluaran filem dan animasi, gubahan muzik dan kesan visual.

Antara jawatan yang kini tersedia termasuk:

  • Art Director
  • 3D Artist
  • Concept Artist
  • Programmer (Backend)
  • Programmer (System)
  • Game Designer
  • Sound Engineer
  • Project Manager
  • Game Tester (QA)
  • Marketing Executive
  • Copy Writer

Seperti yang awak lihat di atas, Todak Studios membuka jawatan untuk pelbagai jawatan berbeza. Jika anda berminat dengan salah satu jawatan di atas, klik sahaja pada pautan yang disediakan di atas untuk membaca maklumat kerja secara lebih terperinci serta menyerahkan resume. Jangan tunggu lagi! Inilah peluang anda untuk mencari kerja yang berdedikasi tinggi dan penuh kreativiti dalam dunia gaming!

Untuk segala liputan kami tentang kerja kosong, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Jawatan KosongKerja KosongKerjayaMalaysiaTodak Studios
Previous Post

Acer memperkenalkan laptop Aspire Vero bermula dengan harga RM 3,399

Next Post

Anime Tiger & Bunny 2 akan dilancarkan di Netflix pada April 2022

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu
Berita

Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu

June 3, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Next Post
Anime Tiger & Bunny 2 akan dilancarkan di Netflix pada April 2022

Anime Tiger & Bunny 2 akan dilancarkan di Netflix pada April 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd