Seperti yang anda semua tahu, Demon Slayer: Entertainment District Arc baru sahaja ditayangkan Isnin lepas. Ia merupakan musim kedua untuk anime yang sangat ditungu-tunggu oleh ramai peminat. Malangnya, siri anime ini telah mendapat kritikan dari peminat anime tersebut. Kritikan yang diterima, semuanya menyentuh isu poligami dalam Demon Slayer.
Sebelum tayangan musim kedua itu, rupa-rupanya sudah ramai ibubapa di Jepun yang bimbang kerana anime itu akan berlaku di “Red Zone” yang mempunyai tempat seperti rumah pelacuran dan mereka tidak mahu anak-anak mereka melihat tempat-tempat seperti itu. Untuk mengelakkan kritikan lebih lanjut dari mereka, jawatankuasa pengeluaran anime telah menukar nama arc tersebut daripada “Red Light Arc” kepada “Entertainment District Arc”.

Sudah selesai satu masalah, masalah lain pula yang tiba. Dalam episod pertama musim tersebut, kita kembali berjumpa dengan Uzui Tengen, Sound Hashira yang sudah lama kita tidak nampak dan mendapat beberapa maklumat baru mengenainya. Antaranya ialah Uzui Tengen mempunyai tiga orang isteri dan boleh kita sifatkan sebagai poligami. Ini membuatkan seorang pengguna Twitter Jepun menjadi viral kerana mengkritik Demon Slayer kerana menunjukkan unsur poligami dan diskriminasi terhadap wanita.
Tweet itu juga telah dikongsikan ke beberapa blog dan laman web Jepun, di mana peminat turut mengongsikan pendapat mereka mengenai perkara ini. Ada juga yang berpendapat bahawa tweet tersebut dibuat kerana inginkan perhatian dan menganggap isu itu bukanlah sesuatu yang besar. Ada juga yang mengatakan ia hanya anime dan tidak perlu menjadi sangat serius mengenainya.

Pemilik akaun Twitter tersebut baru-baru ini telah memadam tweet tersebut dan “private” kan akaun. Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Ia tetap memberikan imej yang buruk kepada Demon Slayer dan sudah semestinya akan ada lagi drama lain yang akan muncul. Masalah juga bila mempunyai ramai peminat ini. Susah nak jaga hati semua orang. Apa pendapat anda pula? boleh tinggalkan komen pada kami. Untuk segala liputan lain mengenai anime, sila klik pautan ini.
Sumber: animesenpai, Yaraon
@gamersantaimy
Discussion about this post