Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kerana koronavirus, orang ramai pulun beli model GUNDAM sampai habis!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 18, 2020 - Updated on February 20, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Figura/barang koleksi
0 0
0
Kerana koronavirus, orang ramai pulun beli model GUNDAM sampai habis!
Share on FacebookShare on Twitter

Di tengah-tengah pandemik global, sukar untuk meramalkan bekalan apa yang kita perlukan, tetapi nampaknya ramai orang yang memerlukan Gundam dalam senarai mereka. Ada je orang yang membeli selonggok tisu tandas atau beras semasa krisis tetapi berkat beberapa peminat tegar Gunpla di luar negara, mungkin ada yang sedang berfikir untuk menambahkan kit model Gunpla ke senarai mereka demi mempersiapkan diri untuk isu sekatan pergerakan.

Di Twitter, orang ramai mula riuh selepas foto dimuat naik oleh SayemAhmd. Dia berkongsi gambar yang diambil di Filipina di mana pembeli sedang “panic-buying” kit gunpla agar dapat menyibukkan diri ketika mereka melindungi diri dalam rumah daripada coronavirus bahaya.

https://twitter.com/SayemAhmd/status/1239878928635920384

Seperti yang anda lihat di atas, berita ini rupa-rupanya betul! Gambar menunjukkan beberapa rak kosong yang pernah diisi dengan Gunpla. Sekarang, terdapat hanya beberapa dozen kotak yang masih dijual. Sesetengah kit telah dibeli sehingga habis, dan rak-rak ini kelihatan seperti pasar raya di Malaysia. Jadi terpulang kepada anda untuk menentukan di manakah anda sepatutnya menghabiskan duit… Adakah anda memilih barangan makanan atau Gunpla?

Sudah tentu, peningkatan dalam pembelian seperti ini disebabkan oleh koronavirus. Berbilion-bilion orang sedang bersiap sedia untuk melindungi diri mereka daripada virus baru tersebut. Kini dilabel sebagai pandemik, langkah-langkah berjaga sedang dijalankan di seluruh dunia untuk memperlahankan penyebaran koronavirus. Ketika orang ramai ingin mencari bekalan sebenar untuk mempertahankan diri mereka demi pengurungan yang panjang, ada juga yang memilih untuk mementingkan kit Gunpla.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Figuragundamgunplakoronaviruspatung mainan
Previous Post

Reka bentuk baru untuk watak-watak kegemaran kami di anime baru “DIGIMON ADVENTURE:”!

Next Post

Lebih banyak aksi dengan DLC The Division 2: Warlords of New York! Saksikan ulasan review kami disini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Next Post
Lebih banyak aksi dengan DLC The Division 2: Warlords of New York! Saksikan ulasan review kami disini!

Lebih banyak aksi dengan DLC The Division 2: Warlords of New York! Saksikan ulasan review kami disini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd