Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kerana gagal dapat sambutan, pemaju game Gollum terus bersara jadi developer

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 12, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Industri, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Kerana gagal dapat sambutan, pemaju game Gollum terus bersara jadi developer
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin ada yang tidak tahu, tetapi beberapa bulan lepas ada sebuah game action adventure bernama The Lord of the Rings: Gollum yang dikeluarkan pada Mei 2023. Malangnya, game itu tidak berjaya mendapat sambutan dan mengalami pelbagai masalah sehingga perlu ditunda beberapa kali. Disebabkan kegagalan besar The Lord of the Rings: Gollum, Daedalic Entertainment membuat keputusan untuk berhenti menjadi pembangun (developer).

Kisahnya begini; The Lord of the Rings: Gollum mengalami beberapa penangguhan (asalnya dijadualkan untuk keluar pada 2021, kemudian 2022) dan akhirnya dikeluarkan pada akhir Mei 2023. Namun bila dilancarkan, ia menerima banyak review negatif termasuk grafik yang buruk pada watak dan NPC, isu teknikal dan pepijat, gameplay stealth yang membosankan dan repetitif, dan banyak lagi.

Kredit: Steam

Disebabkan review yang negatif dan jualan game Gollum yang sangat rendah, ini telah menjejaskan portfolio Daedalic Entertainment. Studio itu secara rasmi mengumumkan bahawa mereka akan menutup bahagian pembangunan (developer) – termasuk studio yang membuat The Lord of the Rings: Gollum – dan tidak lagi terlibat dalam projek pembangunan game. Sebaliknya, mereka akan fokus untuk menjadi penerbit game sahaja.

Kredit: Daedalic Entertainment

Berikut adalah sinopsis tentang The Lord of the Rings: Gollum buat mereka yang berminat:

Berdasarkan trilogi The Lord of the Rings yang dikasihi oleh J.R.R. Tolkien, game action-adventure fantasy ini akan membawa pemain dalam perjalanan epik merentasi Middle-earth dengan bermain sebagai watak yang agak menarik iaitu Gollum.

Mulakan perjalanan berbahaya sebagai Gollum, mengejar satu-satunya perkara yang berharga. Mendaki, melompat dan menyelinap melepasi bahaya atau ke tempat yang berfaedah. Gollum seorang yang mahir dan licik, dan dikoyak oleh personaliti yang berpecah belah. Terpulang kepada anda untuk memutuskan sama ada mahu menyerah kepada sisi gelap Gollum atau mempercayai petunjuk Smeagol yang lebih mesra.


The Lord of the Rings: Gollum kini boleh dimainkan di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan juga PC melalui Steam. Untuk baca segala berita kami tentang game ini, sila tekan pautan ini.

Sumber – GamerWK

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Daedalic EntertainmentDeveloperGollum
ShareTweetSend
Previous Post

Star Wars akhirnya keluarkan trailer rasmi Ahsoka, Bakal ditayangkan di Disney+ pada 23 Ogos!

Next Post

Assassin’s Creed Codename Red Dilaporkan Lancar Pada 2024

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Assassin’s Creed Codename Red Dilaporkan Lancar Pada 2024

Assassin's Creed Codename Red Dilaporkan Lancar Pada 2024

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd