Seorang hakim daripada Amerika telah menolak saman Riot Games terhadap Moonton mengenai game Mobile Legends: Bang Bang, dan mengatakan pertikaian antara kedua-dua syarikat ini perlu diselesaikan di China.

Perintah untuk menolak kes ini telah diberikan mengikut pemfailan usul forum non conveniens oleh Moonton untuk memindahkan kes itu ke mahkamah yang lebih sesuai. Namun Riot Games ingin menentang usul tersebut disebabkan tiga perkara, termasuk masalah Covid-19 dan sekatan perjalanan di China tetapi hakim telah menolak ketiga-tiga hujah tersebut.
Disebabkan Riot Games dimiliki sepenuhnya oleh syarikat induk Tencent, dan pada masa yang sama syarikat ini tidak mahu mengambil bahagian dalam kes ini, tetapi mahu teruskan tindakan undang-undang yang berasingan terhadap Moonton di China. Mahkamah berkata ini merupakan tindakan yang tidak adil untuk membenarkan Riot dan Tencent melawan Moonton melainkan Tencent membuat keputusan untuk mengambil bahagian dalam kes ini.

Aduan daripada Riot tentang peraturan yang lebih ketat di China akan menyebelahi Moonton adalah tidak adil dan aduan ini juga tidak berjaya. Tuntutan ini ditolak tanpa prejudis dan keputusan menyatakan bahawa “jika halangan pembuktian di China benar terbukti memberi ancaman kepada pihak tertentu seperti yang didakwa oleh Riot, (contoh: mengenai promosi trailer Mobile Legends: Bang Bang yang dibuang), Riot boleh membuat tindakan khas berkenaan tuntutan tersebut di mahkamah ini.
Pergaduhan antara Riot dan Moonton telah berlaku sejak bertahun-tahun lalu dan termasuk dua game lain yang dipanggil Mobile Legends: 5v5 MOBA dan Magic Rush: Heroes. Riot berkata dalam tuntutan mahkamah pada 2017 bahawa Moonton “membangun dan mengedarkan game yang direka untuk menukar harta intelek Riot yang terkenal dan berharga.” Apabila Riot mengadu tentang pelanggaran itu, Moonton telah membuang game itu daripada semua platform tetapi kembali mengeluarkannya dengan beberapa perubahan dan menukar namanya ke Mobile Legends: Bang Bang. Kes ini juga ditolak atas sebab yang sama dan telah dirujuk oleh keputusan hakim.


“Persoalannya ialah sama ada game tersebut telah benar-benar berubah daripada versi yang wujud pada 2017 atau Riot tidak berpuas hati dengan kemajuan atau kekurangan dalam litigasi China yang masih berjalan”. Mahkamah menganggap ianya kerana sebab yang kedua.
Ikuti Gamer Santai untuk pelbagai lagi liputan tentang game, anime dan banyak lagi.
@gamersantaimy
Discussion about this post