Selepas 3 tahun berehat, anime Kengan Ashura nampaknya sudah siap bersedia untuk membuat comeback! Hari ini, kita telah dapat pengesahan rasmi oleh Netflix bahawa anime Kengan Ashura Season 2 akan ditayangkan secara rasmi pada bulan September 2023 di platform mereka.
Berikut adalah poster oleh Netflix:
Semua orang daripada Season 1 akan kembali termasuk Seiji Kishi (Danganronpa The Animation) sebagai pengarah di Larx Entertainment, Makoto Uezu (Akame ga KILL!, The Heroic Legend of Arslan) akan bertanggungjawab ke atas kompisis siri, dan Kazuaki Morita (Tsuki ga Kirei, Assassination Classroom) akan menghasilkan reka bentuk watak.

Season 2 akan meneruskan perlawanan akhir Kengan Annihilation Tournament dan menyampaikan kesimpulan untuk manga original. Sebagai recap, Season 1 – Part 2 berakhir dengan pertarungan protagonis Tokito Ohma pada pusingan kedua di mana dia mara ke pusingan ketiga/suku akhir.
Memandangkan masih ada dua pusingan lagi (separuh akhir dan perlawanan akhir), masih ada banyak lagi yang belum diadaptasikan daripada muka surat manga.

Bagi mereka yang tidak tahu, Kengan Ashura ialah siri manga Jepun yang ditulis oleh Yabako Sandrovic dan diilustrasikan oleh Daromeon. Ia mula disirikan di laman web Ura Sunday terbitan Shogakukan dari April 2012 hingga Ogos 2018. Sebuah sekuel bertajuk Kengan Omega kemudian bermula pada Januari 2019. Adaptasi anime pertama kali ditayangkan pada Julai 2019 diikuti oleh Part 2 pada Oktober 2019.

Sejak zaman Edo Jepun, beberapa arena telah wujud di seluruh dunia. Di arena ini, pemilik syarikat besar dan usahawan yang kaya mengupah pahlawan untuk bertarung tanpa senjata di mana pemenang akan mengambil memenangi semua. Pertarungan ini dipanggil perlawanan ‘Kengan’.
Yamashita Kazuo, seorang pekerja normal telah menyaksikan pergaduhan di lorong gelap antara dua lelaki misteri. Salah seorang lelaki ini bernama Tokita Ohma aka Ashura telah diperhatikan oleh Nogi Hideki, CEO kerana Nogi Group. Tanpa sengaja, Kazuo dipaksa untuk menguruskan Ohma yang menyertai perlawanan Kengan yang berbahaya.
Sinopsis
Kengan Ashura Season 2 akan tiba September 2023. Tarikh tepat tidak diberi.
Baca segala liputan kami tentang siri Kengan Ashura di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post