Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kena kejar dengan Dinosaur?! Ini adalah Review Demo Crash Bandicoot 4: It’s About Time!

Beraksi bersama Crash & Neo Cortex, eh mulut tak berhenti membebel lah!

Nyny.A by Nyny.A
July 24, 2020 - Updated on July 27, 2020
in Artikel, Berita, Game Review, Genre, Pandangan Pertama, Platform, PS4, Review, Xbox One
0 0
0
Kena kejar dengan Dinosaur?! Ini adalah Review Demo Crash Bandicoot 4: It’s About Time!
Share on FacebookShare on Twitter

Anda ingat tak Jun lalu, secara rasmi si Crash kembali lagi dalam ansuran ke-4 atas nama Crash Bandicoot 4: It’s About Time yang telah didedahkan? Bukan setakat dedahan permainan platform penuh aksi ini kembali, kami juga berkesempatan untuk menemu ramah Chief Creative Officer & Co-Studio Head, Toys for Bob iaitu Mr Paul Yan! 

Okay tetapi kali ini, bukan temu ramah yang akan kami kongsikan! Sebaliknya, berterima kasih kepada Activision, kami berpeluang mencuba sendiri DEMO Crash Bandicoot 4: It’s About Time! Jadi, anda dah sedia nak selami pengalaman pertama kami dalam bermain sebagai Crash dan Neo Cortex mengelak dan meneruskan perjalanan yang penuh halangan? Jom mulakan! ** Untuk diingatkan, ini hanyalah demo permainan dan ini bukan versi akhir permainan yang akan tiba nanti.

Kini bermula kisah Crash Bandicoot 4: It’s About Time

Dijadualkan akan hadir ke platform PS4 ,PS4 Pro,Xbox One dan Xbox one X, permainan ini turut dijadualkan akan rilis pada 2 Oktober 2020 ini secara global! Disambungkan selepas peristiwa Crash Bandicoot: Warped, Crash Bandicoot 4: It’s About Time mengambil waktu setelah Neo Cortex, Dr. N. Tropy dan Uka Uka berakhir terdampar dalam kekosongan interdimensi. Setelah puluhan tahun berusaha tanpa hasil, ketiga-tiga mereka akhirnya dapat melarikan diri, merobek lubang seukuran “Evil-Scientist-sized” ruang-waktu dalam proses itu. Sekarang semua yang ada di antara mereka dan penguasaan keseluruhan terhadap multiverse adalah dua marsupial dari N. Sanity Island.

Crash dan Coco kembali dan membuat putaran baru, melompat dan mengalahkan konflik perkadaran kosmik, menemui sekutu yang tidak dijangka, pertempuran bos yang lebih besar dari kehidupan “yang sangat besar!” dan Quantum Masks baru yang kuat mesti disatukan untuk mengembalikan ketenteraman kepada alam semesta.

Crash Bandicoot: Warped, Crash Bandicoot 4: It’s About Time membawa karakter utama watak yang memang dikenali dan disukai peminat, digabungkan dengan cabaran unik, dunia baru yang luas, trik platforming yang maju, kemampuan power-up baru, bersama dengan mod Modern dan Retro, menyediakan kerangka yang luar biasa untuk membezakan permainan ini dari platformer aksi lain. Toys for Bob tetap menyesuaikan dengan gaya dan kesukaran platform ketepatan trilogi yang asal, sambil memberi pemain pandangan yang lebih mendalam mengenai dimensi ini dengan membuka jalan untuk mempamerkan pemandangan dan persekitaran baru yang lebih segar dan seronok.

Nampak macam senang… Tetapi… 

Okay di dalam demo yang bukan versi terakhir permainan ini terdapat 3 Stage yang boleh kami cuba yang dikatakan oleh Blizzard adalah antara stage di bahagian tengah permainan penuh. Sejujurnya, semua stage demo ini agak sukar untuk lalui, memang mencabar.

Dua antara stage utama permainan adalah Snow Way Out dan Dino Dash dan perlu bermain sebagai Crash atau Coco, tetapi untuk demo ini, stage Snow Way Out dan Dino Dash hanya Crash yang dapat dimainkan. Satu lagi stage kami perlu bermain sebagai Neo Cortex di Snow Way Out dan stage itu adalah versi Cortex Timeline. Untuk menu utama buat masa sekarang ini hanya ada 3 stage ini yang boleh dipilih, jika dah dapat permainan penuh nanti anda boleh menukar mode seperti Retro atau Modern.

Sejuk-sejuk itulah Snow Way Out! 

Stage pertama yang kami cuba didalam demo ini adalah SNOW WAY OUT. Sebelum kami kongsikan pengalaman masa main stage ini, jom ketahui sendiri kisah sebalik stage ini dibawah;

Crash dan Coco berada di The 11th Dimension (1954). Setelah dihadapkan pada musuh lama mereka Neo Cortex, pasangan itu harus naik ke gunung yang penuh dengan zombie nelayan untuk sampai ke makmalnya dan menghentikan rancangan jahat apa pun yang dia buat kali ini.

Jadi permulaan stage, pada pemain yang baru main jangan risau, setiap perjalanan ada bahagian yang akan mengajar kita untuk teruskan perjalanan dengan menekan apa, itu termasuk serangan, lompatan dan sebagainya. Tunggu di bawah kami akan kongsikan butang kawalan untuk anda. Sambil berlari tu, sememangnya terdapat bongkah ais yang perlu kita lompat, ada papan merekah dan ada platform yang halimunan! Inilah masanya kita memerlukan bantuan Quantum Mask!

Quantum Mask ini akan muncul dimana-mana, tetapi mengikut kawasan, ianya sangat membantu kita, seperti di stage Snow Way Out, topeng Kapuna-Wa membantu Crash untuk melambatkan masa. Jadi, kan ada barangan atau platform yang halimunan tu, kita akan menyentuh Crate yang menampakkannya sambil mengaktifkan Kapuna-Wa untuk melambatkan masa agar kita sempat mengumpul atau melepasi jalan. Bukan setakat benda yang halimunan, Kapuna-Wa juga akan melambatkan musuh serta Nitro Crates yang akan meledak!

Ada beberapa bahagian yang memerlukan kita untuk melompat pada bongkah ais yang membuat kami mati lebih dari 10x! Memang agak susah lah stage ini, salah pijak atau tidak dapat kejar bongkah seterusnya jatuh, atau pijak bongkah yang cepat pecah atau terlalu licin, pun jatuh, haaa nah amik Crash beku weh bila masuk dalam air! Tidak terlupa juga, kami memasuki Bonus Stage. Anda perlu perhatikan platform yang ada tanda soal, naikinya dan ia akan membawa kita ke Bonus Stage. Jadi kumpul lah Wumpa fruit anda disana!

Sukahati tembak jadi Jeli! Itulah di Snow Way Out, Cortex Timeline

Stage kedua pula beralih dengan penggunaan watak Neo Cortex! Ya stage Snow Way Out juga tetapi dari bahagian lain mengikuti timeline Cortex! Dalam dimensi ini, Neo Cortex akan muncul sebagai watak baru yang dapat dimainkan, yang menawarkan pemain perspektif alternatif mengenai usaha hero kita untuk mengalahkan musuh jahat mereka.

Bermain sebagai Cortex adalah sangat berbeza dari Crash, seperti Crash, kita boleh berpusing, melompat (lompat dua kali juga), slide, merangkak, guna kuasa Quantum Mask dan juga Double Slam (menghentak Crate dari atas). Tetapi, menggunakan Cortex adalah berbeza dari Crash kerana dia menggunakan Senjata “Fire Blaster” nya! Bermainlah sebagai Cortex di bahagian yang sangat unik di tahap ini yang direka khusus untuk kemahirannya. Gunakan mid-air dash dan ubah musuh menjadi platform yang kukuh atau melantun macam jeli untuk menuju ke platform seterusnya dan akhirnya mengakhiri Crash Bandicoot untuk selamanya… ataupun tidak~

Lagi satu, pada stage ini agak payah menggunakan Cortex kerana dia tidak boleh melompat dua kali. Lompatan dia yang pendek itu harus ditekan bersama dash untuk mudahkan perjalanan, kemudian terlalu banyak Nitro Crate yang menghalangnya membuatkan dia susah teruskan perjalanan. Ada Crate besi yang boleh membuatnya lompat tinggi juga untuk kekawasan seterusnya… itupun kalau lepas lah, sebab halangan Nitro Crate tu~~

Setelah mencapai titik di mana timeline bersatu, kendalikan kembali dan selesaikan tahap yang selebihnya sebagai Crash, menghadapi semua jenis Crate baru dan penempatan Crate yang dikemas kini dan akan memberikan cabaran baru.

Ahhh kena kejar dengan Dinosaur lah di Dino Dash! 

Okay, stage terakhir yang kami dapat mainkan adalah Dino Dash! Kami paling suka stage ini sebab kat stage ini nampak lebih menyerlah dengan banyak jenis Dinosaur atau tumbuhan esotik dan pelik untuk dijumpai!

Semasa memburu Quantum Mask yang seterusnya, Crash dan Coco melompat ke Dimensi Eggipus (88 Juta SM). Di sini mereka mesti melalui jalan keluar melalui flora dan fauna yang membawa maut dan melepaskan diri dari T.Rex yang berang sebelum mereka dapat mencapai langkah seterusnya dalam perjalanan mereka, tetapi mereka tidak perlu melakukannya sendiri! Dengan pertolongan Lani-Loli, si bandicoot akan dapat memindahkan objek ke dalam dan di luar kewujudan, seperti Crate dan bahaya di jalan mereka, ketika mereka bergerak di sepanjang tanaman merambat pra-sejarah yang berbahaya. Jangan ketinggalan Bonus Path pada tahap ini untuk cabaran tambahan.

Yup, memang seronok, kami boleh slide terus di atas akar sambil lari dari Dinosaur, atau gunakan “Phase World” kerana ada benda halimunan yang memerlukan anda menggunakan kuasa Quantum Mask Loni-Loli untuk menampakkanya. Tapi jangan fikir seronok sangat, sebab ada stage yang terlalu payah nak teruskan, kerana ada stage yang memerlukan kami untuk lompat sambil slide serta dihalang batu untuk ke bongkah batu di lava panas! Memang mencabar akal dan minda lah! 

Kawalan agak mudah tapi masih susah kerana platform terlalu mencabar!

Okayy, kawalan memang mudah, seperti kawalan biasa adalah menggunakan Joystick kiri/ DPAD untuk penggerakan, Joystick kanan pula untuk penggerakan kamera, butang X untuk melompat dan L2 untuk toggle HUD. Tetapi seperti dinyatakan diatas, watak-watak ini ada kelebihan masing-masing yang membuatkan penggerakkan mereka berbeza!

Bermula dengan Crash, Crash akan menggunakan butang X ditekan dua kali untuk Double Jump, butang O untuk crouch, butang □ untuk Spin dan Δ atau R2 untuk menggunakan kuasa Quantum Mask. Manakala bermain sebagai Cortex yang menggunakan senjata pula perlu menekan butang □ untuk Fire Blaster, tekan □ dua kali boleh menggubah objek/haiwan lain untuk menjadi Jeli, tekan 3 kali pula akan kembali normal dan yang terakhir O untuk Dash.

Ciri yang Furtastic: Mod Modern & Retro

Kat atas tadi, ada kami bagitahu bahawa Crash Bandicoot 4: It’s About Time ada pilihan mod antara Modern atau Retro. Tapi sayangnya pada demo ini tiada. Jika di permainan penuh nanti, anda boleh pilih mod ketika ingin memulakan permainan baru yang kemudiannya dapat diubah di Options Menu. 

Dalam mod Modern, anda akan terus dari sambung di checkpoint terakhir, sedangkan dalam mod Retro, anda akan mempunyai kehidupan yang terhad dan dapat memperoleh lebih banyak dengan mengumpulkan Wumpa fruit, sama dengan trilogi Crash yang asli. Apabila anda kehabisan nyawa, anda akan diberi skrin permainan “Game-Over” dan mesti memilih untuk memulakan semula tahap atau kembali ke menu utama.

Dalam mod Modern, Golden Wumpa Crates akan menggantikan Extra Life Crates, yang memberikan sejumlah besar Wumpa fruit daripada Crate biasa. Anda juga akan melihat kaunter nyawa telah diganti dengan kaunter kematian. Jauhkan jumlah itu, jika anda dapat mengatasinya!

Tak sabar nak main FULL GAME!! 

Kesimpulannya, Crash Bandicoot 4: It’s About Time sememangnya permainan yang sangat seronok untuk dimainkan! Cuma kalau tengah stress kami cadangkan jangan lah main karang ada pula DualShock dicampak apabila tidak melepasi Stage. Tapi, memang sangat seronok apabila dapat memainkan si lagenda Crash semula, dengan dikejar Dinosaur, sambil lari tu memang luruh janntung lah! Ha lagi satu, kalau anda meleka tak gerakkan watak anda, mereka mula buat bukan-bukan seperti Crash sempat buat breakdance ok! Ok jom usha Demo gameplay kitorang kat sini;

Okay dah cukup kami kongsikan pengalaman bermain demo Crash Bandicoot 4: It’s About Time ini. Jangan lupa bahawa Crash Bandicoot 4: It’s About Time akan dilancarkan secara rasmi 2 Oktober ini di platform PS4 ,PS4 Pro,Xbox One dan Xbox one X. Anda juga kini dah boleh Pre-Order Crash Bandicoot 4: It’s About Time di PlayStation Store Asia dengan harga RM249.00 untuk permainan penuh. Jangan risau, Crash Bandicoot 4: It’s About Time tidak akan ada sebarang pembelian dalam permainan! Jadi jangan lupa tarikh tersebut kerana lebih banyak watak dan stage akan menanti anda! Eh tak sabar nak main permainan penuh lah!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ActivisionCrash Bandicoot 4: It's About TimeReview DemoReview Demo Crash Bandicoot 4: It’s About TimeToys For Bob
Previous Post

Akhirnya sesuatu yang mengejutkan! Kamen Rider Memory of Heroez akan datang 29 Oktober ini!

Next Post

Pencipta Suikoden mengumumkan Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes akan datang ke konsol Nex-Gen!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pencipta Suikoden mengumumkan Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes akan datang ke konsol Nex-Gen!

Pencipta Suikoden mengumumkan Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes akan datang ke konsol Nex-Gen!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd