Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kementerian Pendidikan berminat untuk mengenalkan e-sukan di sekolah

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 7, 2023
in Artikel, Berita, Esports, Tempatan
0 0
0
Kementerian Pendidikan berminat untuk mengenalkan e-sukan di sekolah

Kredit: BERNAMA

Share on FacebookShare on Twitter

Menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS), pengenalan e-sukan di sekolah akan dibincangkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan. Memandangkan tiada program seperti itu disediakan di peringkat sekolah, ia akan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada aktiviti kokurikulum dan kelab, bak kata menteri Hannah Yeoh.

Kredit: FB@Hannah Yeoh

Hannah Yeoh berkata melalui mesej bertulis di Dewan Rakyat semalam:

“KBS melalui Pelan Strategik Pembangunan e-Sukan 2020-2025 mempunyai rancangan untuk mewujudkan ruang khas bagi pembangunan e-sukan di sekolah, dan menyenaraikan e-sukan sebagai sebahagian daripada aktiviti kokurikulum dan menubuhkan kelab Esports di sekolah.”

“Perbincangan ini akan berlangsung melalui mesyuarat jawatankuasa peringkat tertinggi sukan yang melibatkan wakil KBS, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi dan akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada bulan ini.”

Kredit: FB@Mobile Legends Esports

KBS telah menyenaraikan e-sukan sebagai sukan yang diiktiraf di bawah Akta Pembangunan Sukan, untuk mengiktiraf kepentingan genre itu yang semakin meningkat dalam populariti. Ini akan mempunyai beberapa kelebihan, termasuk peningkatan akses dan penerimaan kepada sukan tersebut.

Yeoh turut berkata bahawa KBS sudah hampir siap sedia untuk mengeluarkan Garis Panduan Pembangunan Esports Kebangsaan, yang akan menangani sebarang pendapat negatif daripada orang ramai tentang e-sukan dan menjamin persekitaran yang selamat untuk pemain di bawah umur 18 tahun.

“Garis panduan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat umum tentang ekosistem e-sukan dan amalan terbaik dalam pengurusan e-sukan.

“Bagi tujuan ini, kementerian bercadang untuk mengadakan [aktiviti] penglibatan bagi mendapatkan maklum balas mengenai aspek pemantauan dan perlindungan kanak-kanak, kod kelakuan dan etika, serta rangka kerja laluan kerjaya dalam sukan itu,” katanya.


Baca segala berita kami tentang e-sukan di SINI.

Sumber – Malay Mail

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: E-SukanEsportsKementerian Pendidikan
ShareTweetSend
Previous Post

Man of Medan (Switch) Review: Membawa Pemain ke Kapal Berhantu di Mana-mana Sahaja!

Next Post

Jagged Alliance 3 Kini Boleh Pra-Tempah! Tactical Edition Juga Tersedia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Jagged Alliance 3 Kini Boleh Pra-Tempah! Tactical Edition Juga Tersedia!

Jagged Alliance 3 Kini Boleh Pra-Tempah! Tactical Edition Juga Tersedia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd