Internet kini sudah menjadi keperluan untuk melakukan pelbagai benda. Tidak kiralah Perbankan dalam talian, membeli belah, media sosial, bekerja, belajar dan macam-macam lagi. Tetapi yang menjadi masalah selalunya melibatkan kelajuan internet. Tetapi baru-baru ini, Malaysia dilaporkan menjadi negara kedua yang mempunyai kelajuan internet 5G paling laju di dunia. Biar betul!
Menurut laporan yang dikeluarkan OpenSignal, mereka telah menganalisis rangkaian 5G di seluruh negara dan nampaknya Malaysia juga tersenarai. Lebih mengejutkan lagi, analisi tersebut menunjukkan bahawa rangkaian 5G di Malaysia antara yang terpantas dari segi muat turun, muat naik serta untuk gaming. Dicatatkan bahawa kelajuan muat turun di Malaysia mencecah 382 Mbps! Laju betul!

Laju memang laju, tetapi bila difikirkan balik, berapa ramai sahaja pengguna 5G di Malaysia? Buat masa sekarang hanya ada dua operator telko yang menyediakan 5G iaitu Telekom Malaysia (Unifi) dan YTL Communication (YES). Bukan setakat itu sahaja, hanya sebahagian kecil kawasan di Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putrajaya sahaja yang boleh menikmati 5G ini. Jadi memang tidak peliklah mengapa kelajuannya sungguh tinggi. Rangkaian 4G juga tidaklah begitu menyeluruh kerana banyak lagi kawasan pendalaman yang sukar mendapatkan sambungan Internet.

Digital Nasional Berhad (DNB) juga telah merancang untuk memperluaskan lagi rangkaian Internet di seluruh negara serta menambah beberapa lagi telko lain untuk rangkaian 5G. Mungkin data kelajuan juga akan berubah apabila lebih ramai pengguna nanti. Tetapi melihat kadar pelaksanaan yang perlahan, memang lambat lagilah untuk kita merasa kepantasan 5G di Malaysia.
Apa pula pendapat anda mengenai hal ini? Rasanya bilalah kita boleh dapat merasa kelajuan pantas Internet ini? 4G juga masih lagi terkontang-kanting kestabilannya. Mampu sabar sahajalah. Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan lain mengenai teknologi, game, anime dan banyak lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post