Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kejohanan Street Fighter 6 Tergendala Kerana Mod Watak Chun-Li yang Mencolok Mata!

Maira by Maira
August 2, 2023
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
Kejohanan Street Fighter 6 Tergendala Kerana Mod Watak Chun-Li yang Mencolok Mata!
Share on FacebookShare on Twitter

Komuniti game fighting banyak mengadakan kejohanan masing-masing dengan tajuk-tajuk seperti Street Fighter, Tekken, Virtua Fighter dan banyak lagi. Baru-baru ini ada satu kejohanan Street Fighter 6 yang berlangsung tetapi ada sedikit “masalah” kerana host kejohanan itu lupa untuk mematikan mod pada watak Chun-Li.

Sumber: Capcom

Nak dijadikan cerita, pusingan kedua perlawanan antara Chun-Li dan Kimberly diberhentikan seketika apabila model Chun-Li yang mencolok mata terpampang semasa kejohanan berlangsung. Memang tiada sebarang kain pada model watak tersebut. Tidak lama selepas itu, strim kejohanan tersebut terus kembali ke skrin yang menunjukkan bracket kejohanan semasa.

Street Fighter 6 Chun Li
Sumber: Capcom

Pengulas kejohanan Street Fighter 6 itu cuba untuk kekal tenang dan sempat lagi membuat lawak, mengatakan bahawa kostum Chun-Li nampak “menarik.” Rakaman kejohanan tersebut masih lagi ada di Twitch dan banyak rakaman pendek telah dikongsikan di media sosial. Tetapi ada kemungkinan besar ia akan dipadam memandangkan platform itu mempunyai syarat yang tidak membenarkan kandungan yang berunsurkan NSFW dalam Twitch.

Street Fighter 6 Chun Li
Sumber: Capcom

Harap ini boleh menjadi pengajaran kepada pemain-pemain yang menggunakan mod. Bolehlah sediakan peringatan untuk mematikan mod yang digunakan jika terlibat dalam sesuatu acara seperti ini. Lebih-lebih lagi kalau mod yang digunakan tidak sesuai untuk menjadi tontonan ramai.

Game Street Fighter 6 kini tersedia di PS5, PS4, Xbox Series dan PC melalui Steam. Untuk dapatkan berita menarik mengenai game tersebut daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Chun-LiStreet FighterStreet Fighter 6
ShareTweetSend
Previous Post

Jom sambut Acer Day 2023! Penuh dengan aktiviti, promosi, hadiah & peranti edisi khas!

Next Post

Peminat Attack on Titan cipta 300 akaun Gmail untuk beri review 1★ pada anime One Piece

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Next Post
Peminat Attack on Titan cipta 300 akaun Gmail untuk beri review 1★ pada anime One Piece

Peminat Attack on Titan cipta 300 akaun Gmail untuk beri review 1★ pada anime One Piece

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd