Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kedai “trusted” sebenarnya scammer? Ramai pembeli dalam komuniti PS5 mungkin ditipu GilaGaming!

Maira by Maira
November 10, 2021 - Updated on November 11, 2021
in Artikel, Berita, PS5, Tempatan
0 0
0
Kedai “trusted” sebenarnya scammer? Ramai pembeli dalam komuniti PS5 mungkin ditipu GilaGaming!
0
SHARES
3.5k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini gempar di beberapa group komuniti PlayStation PS5 di Facebook berkenaan sebuah kedai bernama GilaGaming 666 yang menjual konsol PS5 yang disangkakan boleh dipercayai tetapi kini susah untuk dihubungi. Perkara ini bangkit apabila pengguna di dalam group PlayStation bertanyakan mengenai kedai tersebut dan ternyata ramai yang mempunyai pengalaman yang sama. Kedai itu kini disyaki sebagai scammer dan ramai orang kini berusaha untuk mendapatkan kembali duit mereka.

“GilaGaming666” memulakan operasinya pada November 2020, iaitu bulan yang sama PS5 telah dilancarkan. Mereka mula mendapatkan kepercayaan orang ramai apabila konsol PS5 mereka dibeli oleh Lee Zii Jia, pemain badminton negara yang turut mempromosikan kedai itu. Sejak itu, penjual tersebut mendapat ramai pembeli dan sudah ramai yang menunjukkan bukti pembelian mereka. Dengan konsol PS5 yang susah untuk dibeli, ramai orang yang sanggup membeli daripada kedai ini kerana harga yang dijual lebih murah berbanding scalper lain.

Hanya sekarang khabar angin yang mengatakan kedai tersebut sebenarnya scammer mula berleluasa. GilaGaming telah mengumumkan melalui akaun Instagram bahawa kedainya akan ditutup selama 10 hari dan itu membuatkan ramai orang yang menyangka bahawa mereka membuka pra-tempahan PS5 untuk menipu pemain. Lebih-lebih lagi di akaun Facebook GilaGaming apabila page kedai itu tiba-tiba hilang.

Walaupun begitu, GilaGaming telah membuat kenyataan di Instagram bahawa page Facebook mereka ditutup apabila telah dilaporkan bukan kerana mereka menutupnya sendiri. Tetapi masih ramai yang beranggapan kedai itu scammer. Ada beberapa orang yang mengatakan bahawa GilaGaming telah menerima lebih daripada 150 pra tempah PS5 dan jumlah keseluruhan bayaran yang diterima melebihi RM 1.1 juta. Bukan setakat itu sahaja, pra-tempah GilaGaming memerlukan bayaran penuh berbanding penjual lain yang hanya mengenakan deposit kepada pembeli.

RelatedPosts

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

Agak susah juga nak buat kesimpulan jika GilaGaming sememangnya scammer kerana mereka sudah menyatakan bahawa mereka tidak melarikan diri dan memberikan beberapa sebab mengenai masalah stok PS5 pihak mereka. Mereka juga menyatakan untuk cuba memulangkan semula bayaran kepada pembeli jika pembekal konsol bersetuju untuk memulangkan duit yang telah dibayar.

Buat masa ini masih tiada bukti kukuh yang GilaGaming ini sebenarnya kumpulan scammer. Semua perkara diatas merupakan bukti yang dikumpul dari group komuniti PlayStation. Kami juga cuba untuk mendapatkan maklum balas dari pihak GilaGaming tetapi tiada sebarang jawapan yang diberikan. Jika kami mendapat sebarang maklum balas dari mereka, kami akan kemas kini artikel ini.

Harap perkara sebegini menjadi iktibar kepada semua orang. Lebih-lebih lagi berkenaan scalper dan scammer. Janganlah kita mudah percaya pembelian dalam talian dan berwaspada sebelum membeli. Anda boleh menggunakan portal CCID untuk mengesan nombor scammer. Seorang ahli di group PS5 juga telah kongsikan tips untuk membuat laporan polis jika anda menjadi mangsa scammer. Berikut adalah tips yang dikongsikan:

  • Kumpulkan bukti pembayaran dan salinan pembayaran seperti resit bank in atau transfer akaun bank.
  • Nyatakan tarikh dan masa pembayaran yang telah dibuat dalam laporan polis.
  • Kawasan transaksi dibuat perlu dinyatakan supaya laporan polis boleh di siasat di mana tempat transaksi pembayaran tersebut dilakukan.
  • Jika ada nombor telefon suspek, perlu nyatakan nombor tersebut dalam laporan.
  • Jumlah kerugian juga perlu dinyatakan dalam laporan polis.
  • Setelah laporan polis dibuat dan berjumpa dengan pegawai penyiasat polis untuk rakaman percakapan, sila serahkan bukti-bukti pembayaran dan juga screenshot dan cetakkan transkrip perbualan antara mangsa dan suspek kepada pegawai penyiasat tersebut.

Diharapkan tips yang diberikan bermanfaat kepada anda. Kami ada menyenaraikan beberapa kedai game untuk anda dapatkan konsol atau game secara rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GilaGaming666playstationps5Scammer
Previous Post

[Game Review] Rising Hell, Roguelite indie yang menyeronokkan dengan elemen Heavy Metal!

Next Post

[Review] Predator monitor XB323QK NV- Monitor khas untuk para gamer!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu
Berita

Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu

June 3, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Next Post
[Review] Predator monitor XB323QK NV- Monitor khas untuk para gamer!

[Review] Predator monitor XB323QK NV- Monitor khas untuk para gamer!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd