Kat sini barang-barang Razer biasa kita jumpa kat kedai-kedai komputer biasa je, line-up barang kalau kena kedai yang best, memang banyak. Kalau tak, biasa-biasa je. Sebab bukan kedai dedicated jual barang Razer pun. Tapi CEO syarikat ni, Min-Liang Tan ada post ni kat FB dia:
https://www.facebook.com/minliangtan/posts/1664709726920136
Kedai Flagship tu. Kat sini, Malaysia. kalau dah Flagship (alih bahasa: segala jadah ada) mesti akan jual semua barang-barang yang Razer ada. Skang ni barang-barang Razer macam laptop diorang tak dijual secara rasmi kat sini (barang tu ada cuma bukan direct dari Razer), ianya dijual melalui 3rd party.
Nampak macam jadi buka kedai Flagship kat sini, sebab CEO Razer yang cakap; bukan makcik cleaner yang keje kat Razer yang cakap..
Tapi yang best apa tau daripada posting FB tu, “at some point of time”. Ni memang open statement, kira camni la, bila korang dah nampak sendiri kedai Flagship tu kat sini, baru leh pcaya. Apa pun, harap berita ni akan jadi kenyataan supaya ramai fans Razer kat Malaysia ni boleh buat kenduri kesyukuran.
@gamersantaimy
Discussion about this post