Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

KartRider: Drift akan keluar di PS4, XB1 & PC secara ‘free-to-play’, ujian beta pada Disember 2021!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 28, 2021
in Artikel, Berita, Beta, PC, PS4, Sukan/lumba, Xbox One
0 0
0
KartRider: Drift akan keluar di PS4, XB1 & PC secara ‘free-to-play’, ujian beta pada Disember 2021!
Share on FacebookShare on Twitter

Nexon secara rasmi mengumumkan game lumba KartRider: Drift untuk PS4, Xbox One dan PC hari ini di acara State of Play. Digelar sebagai judul ‘free-to-play’, game ini juga akan mendapat ujian beta pada 8 Disember di semua platform yang disebutkan di atas.

Dalam ujian beta tertutup, dua game mode akan tersedia iaitu: Item Mode dan Speed Mode di mana lebih dari 30 litar akan tersedia untuk pemain cuba.

Dalam Item Mode, anda boleh mengumpul item semasa berlumba di sekitar litar dan menggunakan item ini untuk mendapatkan kelebihan. Setiap pemain boleh memegang sehingga dua item pada satu masa dan setiap satu boleh digunakan untuk menyerang, mempertahan atau menyokong rakan sekutu dalam perlumbaan berasaskan pasukan. Terdapat lebih dari 15 item dalam permainan setakat ini, dan setiap satu menawarkan pelbagai taktik untuk kita cuba.

Speed Mode pula adalah untuk pemain yang menikmati perlumbaan pantas dan kompetitif. Dalam Speed Mode, anda perlu mempunyai kemahiran dalam ‘drifting’ dan menggunakan Boost. Boost Gauge anda akan diisi setiap kali pemain berjaya melakukan drift, dan apabila dicas sepenuhnya, anda akan mendapat boost item.

Semasa beta tertutup, akan terdapat 7 watak yang boleh dimainkan dengan pelbagai pakaian untuk customize. Temui watak baharu seperti Neo, Rex dan Marid bersama dengan watak KartRider ori seperti Brodi dan Diz. Pilih mana-mana watak yang anda suka dan customize mereka dengan pakaian dan emosi yang unik dan khusus bagi watak.

Anda juga boleh memilih daripada lebih 20 kart dan mengubahsuaikannya dengan melengkapkan bahagian dan efek yang berbeza, termasuk bahagian depan dan belakang, roda, plat lesen dan belon. Di samping itu, terdapat rancangan untuk lebih 100 kart baharu dan 150 pakaian watak yang bakal didedahkan pada masa hadapan.

Nexon menyatakan bahawa pendaftaran untuk ujian beta akan disiarkan tidak lama lagi di laman web rasmi. Selain PS4, kedua-dua permainan dan ujian beta boleh dimainkan pada PS5 melalui ciri “backwards compatibility” dan juga dibangunkan untuk PC, Xbox One dan Xbox Series X|S, serta menyokong “cross-play dan cross-progression”. Buat masa ini, Nexon belum memberikan tarikh pelepasan rasmi untuk permainan.

Untuk segala liputan kami tentang State of Play, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: KartRider: DriftLumbaPCPS4state of playXbox One
Previous Post

Square Enix akan melancarkan Star Ocean The Divine Force pada tahun depan!

Next Post

Final Fantasy V Pixel Remaster akan dilancarkan bulan depan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Final Fantasy V Pixel Remaster akan dilancarkan bulan depan!

Final Fantasy V Pixel Remaster akan dilancarkan bulan depan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd