MPL atau Liga Profesional Mobile Legends sememangnya telah mendapat ramai peminat di seluruh dunia. Sudah tentu Malaysia juga tidak terlepas daripadanya. Kali ini, kita akan mendapat satu lagi kejohanan Mobile Legends yang baru iaitu MLBB Women’s Invitational 2022 atau MWI 2022! Kejohanan Jemputan Wanita Mobile Legends ini akan memghimpunkan pasukan wanita hebat dari Asia Tenggara untuk bertempur antara satu sama lain. Karra dan On Air Pipol telah dijemput untuk mewakili Malaysia untuk kejohanan baru ini!

MWI 2022 akan memfokuskan kepada pemain pro wanita. Ia bertujuan untuk “meraikan kekuatan dan pemerkasaan wanita” menurut Pengarah Urusan Global Esports, MOONTON Games Lucas Mao. Bertemakan #InControl, WMI 2022 akan berlangsung pada 27 Januari 2022 dengan wang hadiah terkumpul sebanyak US$15 ribu (anggaran RM63 ribu).
Karra serta On Air Pipol juga sudah melepaskan barisan pemain yang akan beraksi beserta peranan mereka dalam kejohanan itu nanti. Tidak sabar untuk melihat mereka ini beraksi di pentas yang sengit ini. Berikut adalah senarai pemain untuk pasukan Karra:

Sharifah Alia Husna “Aria” Binti Syed Fakrurrozi | Roamer |
Vanessa “BUNEELOFA” Natasha Abdullah | EXP lane |
Sharifah Nur “SCIFAII” Faizani | Gold lane |
Siti Humairah Muhammad “Chickenjoy” Azahar | Gold lane |
Azean “Yann” Faeizan | Not stated |
Nurfarrahin Binti Che “CHIISECAKE” Alias | Jungler |

Senarai pemain pasukan On Air Pipol:
Siti Nor Sahira ‘Si Raa” Bt Ahman | Mage, Support |
Nur Ameerahusna “Meera” Aznel | Fighter, EXP lane |
Nurul Intan Farahanum “Faraa” Binti Hamzah | Jungle |
Nur Fatihah “ViviChan” Ramlee | Gold lane |
Jennica Fay “Seraa” Jossly | Tank, Support, Roamer |
Nor Zulaikha “Yuki” Binti Mohamed Shahar | Support, Gold lane |
Anda boleh menonton kejohanan ini melalui saluran strim MLBB dan ONE Esports pada 27 Januari sehingga 30 Januari. Untuk melihat pasukan lain dari Asia Tenggara, sila klik pautan ini. Jika anda ingin menonton siaran langsung kejohanan ini, anda boleh menggunakan pautan oleh ONE Esports berikut:
Sumber: ONE Sports, Youtube

@gamersantaimy
Discussion about this post