Riot Games telah saman Imba Network, sebuah studio game dari Vietnam, selepas mereka ditangkap meniru watak-watak LoL (League of Legends) untuk game sendiri. Menurut tuntutan mahkamah, Riot menuduh game “I Am Hero: AFK Tactical Teamfight” oleh Imba Network kerana meniru penampilan watak, cerita latar belakang dan banyak lagi sehingga orang ramai anggap ini sebagai kerja “copy & paste”. Secara lebih khusus lagi, watak LoL yang ditiru bukannya versi MOBA tetapi sebenarnya adalah game auto battler, Teamfight Tactics.
Tuntutan tersebut difailkan di California, dan meminta mahkamah supaya menghalang Imba daripada menjual game tersebut dan berhenti melanggar hak cipta League of Legends. Riot juga meminta sebanyak $150,000 untuk setiap isu pelanggaran hak cipta.
Wakil peguam Riot Games berkata bahawa mereka sudah memfailkan surat pemberhentian dengan Imba, dengan “carta perbandingan yang luas tetapi tidak menyeluruh bagi watak yang ditiru dan sedikit elemen gameplay.” Imba menafikan dakwaan bahawa mereka meniru League of Legends.
Dijelaskan dalam tuntutan mahkamah, Riot menunjukkan gambar perbandingan antara kedua-dua game dengan mempamerkan reka bentuk watak dan nama mereka yang hampir serupa — seperti Heimerdinger (League of Legends) vs. Dinger (I Am Hero: AFK Tactical Teamfight), Vi vs. Vy dan Teemo vs. Tomee.



Jika korang baca teks di atas, Imba Network nampaknya telah copy-paste terus segala teks daripada kisah League of Legends untuk mengisi latar belakang watak dalam I Am Hero: AFK Tactical Teamfight. Selain itu, Riot juga mendakwa bahawa abilit dan ikon untuk sesetengah watak juga amat serupa.
Ini bukan kali pertama Riot Games menguruskan kes “copy-cat” kerana Tencent Holdings (syarikat induk Riot) berjaya memenangi kes $2.9 juta di mahkamah berkaitan dengan isu kontroversi Mobile Legends milik Moontoon.
Apa pendapat korang tentang kes Riot Games saman studio Vietnam di atas? Patut ke tak? Jom bincangkan di ruang komen!
@gamersantaimy
Discussion about this post