Terbaru, pemain profesional wanita Valorant MarsArxa membenarkan “boyfriend” Payen untuk bermain dalam kejohanan Galorant Astral Clash yang berlangsung pada 22 hingga 24 Julai 2022. Kejohanan ini adalah peringkat kelayakan bagi kejohanan utama Astral Clash LAN di California.

MarsArxa merupakan pemain bagi pasukan Fallacy manakala teman lelakinya, Payen adalah bekas pemain profesional bagi pasukan TSM FTX. Dalam kes ini, Payen nampaknya menggunakan akaun MarsArxa. Namun, perbuatannya kantoi selepas dia clutch dalam situasi 1v5 dalam kejohanan tersebut. Klik pautan ini untuk menonton klip tersebut. Berikut adalah bukti-bukti MarsArxa membenarkan Payen bermain akaunnya.
Keybind dan Setting
Jika lihat perbezaan keybind yang digunakan oleh MarsArxa dan Payen, tidak banyak yang diubah tetapi terdapat satu perubahan yang dilakukan oleh MarsArxa iaitu “F” dan tidak menggunakan “C” seperti Payen. Dalam klip 1v5 yang dikongsikan, kita boleh lihat yang dia menggunakan “C”.

Manakala mini map setting pula, MarsArxa selalu menggunakan mini map yang bersaiz kecil (rujuk gambar pertama di atas) pada resolusi “native” dan apa yang dipaparkan dalam klip tersebut sangat berbeza. Hal ini kerana, mini map yang digunakan bersaiz besar pada resolusi “stretch” 4:3 secara tidak langsung mini map yang dipaparkan kelihatan besar (Rujuk gambar kedua dan ketiga di atas).
Jika perkara ini berlaku, sudah pasti ramai yang mengaitkan tentang tetapan crosshair yang digunakan oleh setiap pemain. MarsArxa yang selalu menggunakan “dot” crosshair tiba-tiba berubah kepada crosshair yang selalu digunakan oleh Payen iaitu “1420 putih.”
Frame Rate
Jika dilihat perbandingan pada frame rate yang dipaparkan dalam klip tersebut bersama klip stream terakhir, ia menunjukkan banyak perubahan. Namun, frame rate tersebut diambil semasa dia sedang live stream di Twitch dan sudah pasti ia akan ganggu prestasi komputer.

Terdapat bukti-bukti yang lain mengenai isu ini, jika anda ingin membaca secara penuh, anda boleh klik pautan ini. Dengan membenarkan teman lelakinya Payen, pasukan Fallacy telah layak ke kejohanan Astral Clash LAN di California. Namun, perbuatan ini masih disiasat oleh Riot Games dan jika dia bersalah, pasukan ini akan disingkirkan daripada kejohanan tersebut.

Apa pun kami harapkan yang terbaik daripada Riot Games menyelesaikan isu ini dengan segera sebelum kejohanan itu bermula. Harapnya pemain akan diberi tindakan yang keras kerana membenarkan perkara ini berlaku. Apa pendapat korang tentang pemain Valorant professional yang membenarkan “boyfriend” bermain dalam kejohanan perempuan? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post