Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

KANTOI: Butiran mengenai watak, jalan cerita, lokasi, era dan lain-lain di GTA VI

Butiran tentang pelbagai aspek tentang judul terbaru Grand Theft Auto telah bocor online!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 1, 2019
in Artikel, Berita, PC
0 0
0
KANTOI: Butiran mengenai watak, jalan cerita, lokasi, era dan lain-lain di GTA VI
Share on FacebookShare on Twitter

Terdapat banyak spekulasi mengenai permainan video GTA yang seterusnya, yang kebanyakannya merujuk sebagai GTA 6, walaupun developer Rockstar Games tidak mengesahkan secara rasmi atau mengumumkan apa-apa mengenai judul ini. Khabar angin terbaru adalah maklumat terperinci yang dibocorkan di Reddit oleh user ‘JackOLantern1982,’ yang mencatat beberapa butiran-butiran mengenai ciri-ciri khusus di dalam game.

Dalam post itu, user tersebut mendakwa bahawa maklumat itu diberikan kepadanya oleh dua sahabat yang boleh”dipercayai”, dan telah bekerja untuk outlet berprestij berita permainan video yang termasuk Kotaku dan PC Game. Dia juga mendakwa bahawa salah satu kawannya, yang bekerja untuk Rockstar, tidak mengesahkan atau menafikan intel ini, yang dia percaya adalah sebuah tanda kerana rakan itu sering menafikan maklumat apabila ia salah.

Anda boleh membaca rumusan tentang ciri-ciri penting daripada maklumat bocor ini di bawah, termasuk senarai penuh seperti yang diterbitkan pada Reddit.

Latar belakang 70-80an dengan ilham diambil daripada “Narcos”!

Netflix Original Series – Narcos

Menurut maklumat, jalan cerita GTA seterusnya akan berlaku pada tahun 1970-an atau 1980-an, yang berpangkalan di Vice City ikonik dan lokasi baru yang berpusat di Rio de Janeiro, Brazil. Game ini nampaknya telah banyak dipengaruhi oleh cerita Netflix popular “Narcos”, yang berkisarkan pada empayar kokain raja dadah terkenal, Pablo Escobar dan tokoh-tokoh utama lain di Amerika Tengah dan Selatan.

Pembentukan empayar dadah akan secara asas menyerupai Vice City Stories, tetapi pada skala yang lebih besar, iaitu 10 kali ganda saiz GTA Online. Jalan cerita ini akan dikeluarkan dalam beberapa babak, seperti Red Dead Redemption 2, jadi ini adalah pengalaman yang berbeza berbanding dengan permainan video GTA terdahulu.

Watak utama adalah “raja dadah baru”!

Tidak seperti GTA V, game seterusnya akan menampilkan hanya satu playable main character iaitu- seorang “raja dadah baru” bernama Ricardo. Sebagai Ricardo, pemain akan bermula dengan operasi penyeludupan kokain bertaraf rendah, sebelum membina hubungan dengan watak-watak utama lain bagi membuka pintu untuk peluang-peluang yang lebih besar.

Martin Mardrazo daripada GTA V

Bagi watak-watak lain, seorang watak bernama Kacey akan memainkan peranan penting dalam naratif jalan cerita ini, bersama dengan versi muda Martin Madrazo daripada GTA V. Ricardo akan bekerja bawah beliau serta melakukan beberapa kerja seperti menyerang gang lain. Senarai penuh maklumat bocor boleh ini didapati di bawah, seperti yag dimuat naik pada Reddit. Perlu diingatkan bahawa permainan video ini masih jauh lagi daripada dikeluarkan, yang bermaksud sebahagian besar maklumat di bawah akan berubah.

Next GRAND THEFT AUTO TITLE Details (Project Americas) from r/GamingLeaksAndRumours

Sumber – Reddit

 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BrazilGTA OnlineGTA VGTA VINarcosredditRicardorockstar gamesVice City Stories
Previous Post

“Creative Destruction” kini hadir di Mobile secara Global!

Next Post

Memperkenalkan MSI GE65! Laptop “Gaming Arsenal” dari MSI kini dibuka untuk Pra-Pembelian

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Memperkenalkan MSI GE65! Laptop “Gaming Arsenal” dari MSI kini dibuka untuk Pra-Pembelian

Memperkenalkan MSI GE65! Laptop "Gaming Arsenal" dari MSI kini dibuka untuk Pra-Pembelian

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd