Sejak pelancarannya di PC, Naraka Bladepoint telah mendapatkan banyak maklum balas positif daripada ramai pemain. Bukan setakat itu sahaja, ia kini tersedia di Game Pass untuk dimainkan. Kalau anda ingin tahu, Naraka Bladepoint juga akan tersedia di mobile untuk pemain android dan iOS. Anda yang berminat untuk bermainnya, bolehlah pra-daftar melalui aplikasi TapTap.
Baru-baru ini melalui livestream TapTap, beberapa maklumat terbaru mengenai pembangunan Naraka Bladepoint mobile telah didedahkan. Berita itu sendiri telah disampaikan oleh Ray Kuan, produser di 24 Entertainment, studio yang membangunkan versi mobile ini.

Menurutnya, segala kerja pembangunan untuk kandungan utama versi mobile telahpun selesai. Malah studio tersebut telahpun menjemput beberapa orang pemain untuk mencubanya. Dikatakan sistem combo serta tutorial game itu sangat baik. Sistem kawalan dalam Naraka Bladepoint Mobile juga telah dihasilkan daripada awal oleh pihak pembangun. Jadi, ia lebih sesuai untuk peranti mobile.

Ray Kuan juga mendedahkan bahawa pemain di mobile juga akan mendapatkan grafik hebat malah lebih baik daripada versi PC. Paling penting sekali, game Naraka: Bladepoint Mobile merupakan game yang percuma untuk dimainkan. Ia juga tidak akan mempunyai sebarang sistem Pay-to-Win (P2W). Tetapi masih ada jualan skin untuk anda yang ingin watak mereka kelihatan lebih mantap. Sebab itulah game ini berbeza daripada versi PC.

Buat sesiapa yang tidak tahu tentang Naraka: Bladepoint, ini adalah game PVP sehingga 60 pemain yang diilhamkan oleh seni mempertahankan diri tradisional tetapi dengan beberapa elemen tambahan seperti kuasa mistik, parkour dan banyak lagi. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game Naraka, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post