Zaman permainan video untuk kanak-kanak sudah lama berlalu, dengan lebih banyak permainan kini dihasilkan untuk golongan dewasa. Walaupun begitu, permainan seperti ini masih menarik minat kanak-kanak kecil. Di Jepun, seorang bapa telah menemui permainan paling sesuai untuk anak perempuannya yang berusia tiga tahun iaitu Grand Theft Auto.
GTA adalah pilihan yang sangat mengejutkan, kerana setiap permainan dalam siri merangkumi pelbagai kegiatan jenayah seperti membunuh dan mencuri. Ada juga yang menawarkan pilihan untuk terlibat dalam gejala haram seperti pelacuran dan dadah. Walaupun bukan sepenuhnya realistik, grafik permainan kini sangat terperinci dan boleh mereplikasikan aktiviti-aktiviti ini dengan tepat.
Pengguna Twitter @sakai0129 baru-baru ini berkongsi sebuah strategi yang tidak dijangka untuk menguruskan anak:
「3歳の娘とグランドセフトオートやってる」って友人がいて頭おかしいと思ったが
詳しく聞いたら
「車は盗まず、信号もちゃんと止まって、ヘリコプターで遊覧して、電車にずっと乗ってる」って言ってて、良い教育教材になってた「悪いことしないように生活するのが死ぬ程大変」とも言ってた
— 酒井大輔 (@daisukesakai01) December 20, 2020
“Ketika seorang rakan memberitahu saya, ‘Anak perempuan saya yang berusia tiga tahun bermain Grand Theft Auto’, saya fikir dia sudah gila. Tetapi kemudian dia menjelaskan, ‘Dia tidak pernah mencuri kereta, dan menunggu di simpang sehingga lampu menjadi hijau, seperti yang kamu harus lakukan dalam kehidupan sebenar. Dia menaiki helikopter untuk bersiar-siar dan menaiki kereta api.’
Dia memberitahu bahawa ia adalah alat pendidikan yang baik, tetapi ‘sangat sukar untuk bermain tanpa melakukan perkara jahat.’ “
Daripada bermain GTA seperti yang biasa dilakukan oleh kebanyakan gamer seperti membunuh atau mencuri, anak perempuannya hanya menjalani kehidupan sebagai netizen yang bertanggungjawab untuk melihat pemandangan di dunia permainan yang besar dan luas.
Rakan @sakai0129 menyedari GTA boleh menukar apa-apa situasi aman kepada bahaya dalam beberapa saat, jadi dia menggunakan “cheat code” untuk mengurangkan elemen agresif NPC lantas menghalang AI untuk mengacau anak perempuannya ketika bermain. Ini juga menunjukkan bahawa si ayah sentiasa mengawasi anak perempuannya, dan akan masuk campur sekiranya anak perempuan, misalnya, ingin masuk ke kelab malam atau lokasi-lokasi lain yang tidak sesuai.
Walaupun Grand Theft Auto adalah idea yang pelik untuk mengisi masa lapang kanak-kanak, ia terbukti menjadi alat pendidikan yang serbaguna, selagi ada pengawasan ibu bapa untuk memastikan permainan kekal tiada unsur negatif.

@gamersantaimy
Discussion about this post