Generasi baru untuk permainan makin maju! Kali ini pemaju Meerkat Games dari Korea akan melancarkan sebuah permainan terbaru yang dinamakan Royal Crown! Yang menariknya permainan ini, ia bergenrekan MOBA tetapi ada elemen Battle Royale dan RPG didalamnya! Di G-Star 2019, kami sendiri tidak melepaskan peluang untuk mencuba permainan ini!
Mesti anda tertanya-tanya kenapa ada pelbagai elemen didalam sebuah permainan, bagi yang tertanya-tanya dimana datangnya Battle Royale, permainan ini bermula dengan 100 orang pemain di lapangan! Ya dan pemain akan terjun di mana-mana kawasan pilihan didalam peta.
Dalam persaingan sengit untuk mengatasi yang lain, pemain perlu membuat strategi yang optimum dalam meningkatkan hero mereka dan beradaptasi dengan sekitar persekitaran. Penataan fantasi yang unik dan palet warna pastel pasti menjadikannya menonjol dari permainan yang sama.
Walaupun permainan adalah MOBA masih yang utama dalam permainan ini, terdapat beberapa elemen RPG yang dilaksanakan juga, seperti memburu raksasa dengan kawan-kawan dan membuat peralatan dan senjata dari looting! Nampak tak elemen-elemen yang kami maksudkan! Meerkat Games berjaya membawakan kesemuanya didalam satu permainan!
Dengan beberapa kelas untuk bermain, anda perlu mengambil kira apa yang paling sesuai untuk keadaan yang sedang berlaku. Apabila bermain dalam pasukan, anda perlu mempunyai gabungan yang baik dengan kelas pertahanan, tetapi jika anda bermain solo, mungkin sesuatu yang mempunyai kebolehan hidup yang lebih baik akan lebih sesuai.
Memang terasa seronok apabila kami dapat menaikan taraf, mengunakan potion ala-ala Ragnarok, dan menyerang musuh 100% cara MOBA dengan pilihan cara serangan! Campuran genre sememangnya menjadikan jenis permainan ini lebih menarik. Tetapi ianya bedasarkan bagaimana cara pengguna bermain, kerana keseimbangan mungkin akan menjadi isu memandangkan terdapat pelbagai kelas yang pemain boleh bermain.
Okay jom lihat gameplay kami disini;
Buat masa kini, kedalaman permainan masih belum ditonjolkan sepenuhnya lagi. Sekiranya anda seorang peminat permainan MOBA, Battle Royale dan RPG, Royale Crown sememangnya akan menjadi salah satu senarai permainan kegemaran anda kelak. Buat masa ini, jadual pengeluaran masih belum diumumkan, laman web mereka juga masih dalam proses. Tetapi yang telah dipastikan Royale Crown akan hadir untuk platform Mobile dan PC.
@gamersantaimy
Discussion about this post