Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kamen Rider Black Sun akan mula disiarkan pada hujung tahun 2022

safwan by safwan
March 21, 2022
in Artikel, Berita
0 0
0
Kamen Rider Black Sun akan mula disiarkan pada hujung tahun 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Toei mengumumkan yang siri Kamen Rider Black Sun telah habis rakaman dan akan keluar pada hujung tahun 2022. Namun masih belum ada tarikh dan dimana ia akan ditayangkan. Menurut laman web rasmi, mereka telah mengeluarkan beberapa gambar untuk Black Sun dan juga Shadow Moon.

Kamen Rider Black Sun merupakan “reboot” kepada siri original Tokusatsu siri Kamen Rider Black pada tahun 1987. Kamen Rider Black telah menjadi rancangan yang popular dan menerima adaptasi manga.

Berikut merupakan sinopsis Kamen Rider Black dari Wikipedia:

Setelah diculik oleh Gorgom pada malam hari jadi ke-19 mereka, adik-beradik tiri Kotaro Minami dan Nobuhiko Akizuki dibedah dalam satu pembedahan “cyborg” untuk menjadikan mereka calon bagi “Creation King” Gorgom. Kedua-duanya digelar “Century Kings” serta ditakdirkan untuk berlawan sesama sendiri pada perlawanan terakhir untuk menjadi “Creation King”.

Kotaro sempat melarikan diri sebelum dibuang ingatannya (yang merupakan langkah terakhir pembedahan tersebut) atas pertolongan ayah angkatnya, dan seterusnya berpaling tadah menentang Gorgom.

Dia kemudian mendapat tahu satu hakikat yang mengejutkan daripada ayah tirinya – Gorgom asalnya telah membunuh kedua-dua ibu bapa kandung Kotaro dan, memandangkan Kotaro dan Nobuhiko dilahirkan pada hari berlakunya gerhana matahari, mereka digelar Black Sun dan Shadow Moon.

Kotaro yang mengambil nama Kamen Rider Black nekad mahu menyelamatkan saudara tirinya daripada cengkaman Gorgom sambil melindungi Jepun.

Sejak Toei dan Ishimori Production mengumumkan “reboot” siri ini, mereka telah banyak keluarkan gambar tentang reka bentuk Kamen Rider Black Sun. Gambar terkini menunjukkan reka bentuk Shadow Moon buat kali pertama.

Menarik kan tengok reka bentuk Kamen Rider Black Sun ini. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Kamen Rider, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Kamen Rider BLACK Sun
Previous Post

Season4Otaku, acara ACG baru untuk korang yang terlepas Animangaki dan Nijigen Expo!

Next Post

Nak kumpul manga Attack on Titan? Boleh dapatkan manga Edisi Colossal di Impulse Gaming!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Nak kumpul manga Attack on Titan? Boleh dapatkan manga Edisi Colossal di Impulse Gaming!

Nak kumpul manga Attack on Titan? Boleh dapatkan manga Edisi Colossal di Impulse Gaming!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd