Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kamen Rider 50th Anniversary Exhibition – Malaysia Akan Bermula 20 Disember 2024 Di KL!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 29, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Pameran/Expo, Tempatan, Tokusatsu
0 0
0
Kamen Rider 50th Anniversary Exhibition – Malaysia Akan Bermula 20 Disember 2024 Di KL!
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, kami mendapat tahu Kamen Rider 50th Anniversary Exhibition bakal tiba di Malaysia, untuk membawa sambutan luar biasa selama lima dekad penuh aksi dan pengembaraan ikonik. Kini, anda boleh melaungkan “Henshin!” kerana Kamen Rider 50th Anniversary Exhibition – Malaysia akan bertempat di Fahrenheit88 bermula 20 Disember 2024!

  • Lokasi: INCUBASE Arena Malaysia, Fahrenheit88, Kuala Lumpur
  • Tarikh: 20 Disember 2024 – 9 Mac 2025
  • Masa: 10:00 AM – 10:00 PM (Kemasukan Terakhir: 9:00 PM)

Kamen Rider 50th Anniversary Exhibition telah menjelajah sembilan bandar sejak pelancarannya pada tahun 2022, menerima sambutan hangat daripada peminat di seluruh dunia. Kejayaan terbaru di Hong Kong pada September lalu menarik perhatian ramai dengan ulasan yang sangat positif, menjadikannya acara yang wajib dikunjungi.

Kredit: 東映株式会社 ©2024 石森プロ・テレビ朝日・ADK EM・東映 ©石森プロ・テレビ朝日・ADK EM・東映 ©東映・東映ビデオ・石森プロ ©石森プロ・東映

Walaupun tiada info lagi di pihak Malaysia, pameran ini bakal memaparkan evolusi Kamen Rider sepanjang 50 tahun terakhir menurut info pameran Jepun. Ia menampilkan:

  • Lebih 30 Kamen Rider Ikonik: Dari era Showa, Heisei, dan Reiwa, termasuk Masked Rider 1, V3, BLACK RX, Agito, Ryuki, Den-O, W, ZERO-ONE, SABER, GEATS, dan GOTCHARD.
  • Patung Berskala Sebenar: Lihat replika 1:1 Kamen Rider kegemaran anda.
  • Prop dan Kostum Original: Saksikan tali pinggang transformasi, prop dari rancangan TV, dan kostum pelakon daripada siri yang disayangi.
  • Manuskrip Manga Replika: Imbau nostalgia dengan melihat adaptasi manga francais ini.
  • Ruang Pameran Eksklusif: Selami dunia Kamen Rider dengan paparan interaktif dan pandangan di belakang tabir.
  • Kedai dan Kafe Pop-Up: Beli barangan rasmi, termasuk eksklusif dari pameran di Jepun, dan nikmati makanan bertema di kafe.
Kredit: 東映株式会社 ©2024 石森プロ・テレビ朝日・ADK EM・東映 ©石森プロ・テレビ朝日・ADK EM・東映 ©東映・東映ビデオ・石森プロ ©石森プロ・東映

Nantikan pengumuman mengenai penjualan tiket, aktiviti dan tawaran istimewa. Pastikan anda mengikuti halaman rasmi acara untuk mendapatkan maklumat terkini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: kamen riderKamen Rider 50th Anniversary Exhibition Malaysia
ShareTweetSend
Previous Post

Kedai Pop-Up “Animate Malaysia” Rasmi Dibuka Hari Ini Di LaLaport BBCC!

Next Post

“Me and the Alien MuuMuu” Akan Diadaptasi Menjadi Anime Pada 2025!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu
Berita

Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu

June 3, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Next Post
“Me and the Alien MuuMuu” Akan Diadaptasi Menjadi Anime Pada 2025!

"Me and the Alien MuuMuu" Akan Diadaptasi Menjadi Anime Pada 2025!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd