Syarikat perabot gaming Bauhutte dari Jepun telah mengeluarkan produk “Hand Massager” yang bertujuan untuk merehatkan tangan pengguna yang letih bermain game.

Tidak kira pemain profesional atau kasual, kadang-kala kita terlalu taksub dalam sesebuah game sehingga lupa sudah bermain berjam-jam. Selain sakit badan dan kepala, jari seseorang gamer juga boleh terutamanya pemain MOBA dan FPS. Beralasan itu, Bauhutte menawarkan “Hand Massager” yang mengurut dan melonggarkan kekejangan otot dalam tangan dan setiap jari.

Terdapat dua jenis mod berbeza iaitu: “Whole Course” yang mengurut titik-titik penting di tapak tangan dan “Fingertip Course” yang mengurut jari jemari secara bergilir. Kekuatan mesin boleh dipilih daripada 3 tahap mengikut citarasa pengguna. Selain itu, sejenis fungsi pemanas akan memastikan tangan kita sentiasa hangat semasa diurut serta menggalakkan peredaran darah.


Menurut laman web, syarikat mengesyorkan pengguna untuk memakai sebelum dan selepas sesi gaming atau semasa rehat untuk memanfaatkan sepenuhnya produk ini. Dengan reka bentuk simetri, produk ini boleh digunakan di tangan kiri dan kanan, supaya mereka yang tangan kidal tidak rasa terkecuali. Akhir sekali adalah fungsi pemasa automatik yang akan serta merta berhenti dalam masa kira-kira 10 minit jika produk dihidupkan.

Bauhutte “Game” Hand Massager bernilai sebanyak 16,500 yen (anggaran RM 608.42) dan untuk maklumat lanjut, boleh diperiksa di SINI. Malangnya, ia tidak dijual di luar Jepun – jadi sesiapa yang berminat harus membelinya secara dalam talian.
@gamersantaimy
Discussion about this post