Studio pembangun permainan video, Kadokawa Games baru-baru ini telah mengumumkan sebuah game RPG-Strategy bertemakan space opera, iaitu Relayer. Pasukan pembangun kepada game God Wars: Future Past, menyatakan bahawa projek terbaru mereka ini telah diumumkan pada 2017 dibawah tajuk Project Stella.
『Relayer(リレイヤー)』角川ゲームスの完全新作シミュレーションRPGをスクープ! 週刊ファミ通5/27発売号の表紙を公開
https://t.co/jpt06dhdYu pic.twitter.com/bAYu6UT6bG
— ファミ通.com (@famitsu) May 24, 2021
Maklumat lebih lanjut mengenai Relayer, seperti platform, tarikh pelancaran dan perincian game masih belum diumumkan oleh Kadokawa Games. Preview edisi majalah Famitsu yang akan keluar pada 27 Mei nanti, iaitu Khamis ini menyatakan Relayer akan mempunyai 14 halaman dan merangkumi temubual bersama pembangun mereka.
Buat masa ini, Relayer diketahui akan menjadi permulaan baru untuk francais game mobile Jepun tahun 2016, iaitu Starly Girls atau Hoshi Musume. Game ini ditamatkan pembangunannya pada tahun 2018 untuk dimasukkan ke platform konsol, dengan penukaran nama sebagai Project Stella yang sedang dikembangkan.
Untuk mengikuti lebih lanjut berita tentang Relayer, anda boleh menantikan edisi Famitsu yang akan dikeluarkan 27 Mei ini, atau ikuti akaun Twitter rasmi game Relayer. Itu sahaja info yang dikongsikan buat masa ini. Untuk konsol apa ia akan keluar dan bila ia akan keluar masih belum diumumkan, tetapi saya akan laporkan jika menerima info lanjut.
Sumber: Famitsu
@gamersantaimy
Discussion about this post