Kami kembali dengan satu lagi “card preview” untuk Kamigawa: Neon Dynasty, yang membawa elemen mecha kepada MtG melalui “Prodigy’s Prototype” serba baharu.

Terima kasih kepada rakan kami di Wizards of the Coast, kerana tanpa bantuan korang, saya pun tidak dapat membawakan semua maklumat tentang MtG Prototaip Prodigy.
Untuk Kamigawa: Neon Dynasty, kita dapat melihat kepulangan “keyword ability” untuk “Crew”- yang asalnya digunakan untuk kapal berkuasa. Dalam Kamigawa: Neon Dynasty, ia digunakan untuk mecha.
Cara “Crew” digunakan sebenarnya adalah mudah- robot gergasi atau kapal perang tidak boleh berfungsi tanpa juruterbangnya. Setiap jentera yang dipanggil tidak boleh menyerang atau “block” jika jentera itu tiada pemandu. Untuk mengendalikan mereka, anda perlu “tap” creature anda sendiri, sehingga jumlah “toughness” bagi creature tersebut sama dengan nilai Crew untuk jentera yang disebutkan tadi.
Jelas sekali ini bermaksud creature berkenaan tidak boleh melakukan serangan sendiri kerana mereka akan kena “tap”, tetapi anda mempunyai kuasa apa-apa jentera yang dipautkan kepada kad tadi supaya menyaingi kekurangannya.
Pemain yang menjalankan dek berunsur “crew” harus memberi perhatian kepada Prodigy’s Prototype, yang berfungsi dengan baik untuk menyokong gaya playstyle ini. Dengan kos penukaran 3 kad (satu white dan satu blue), kad ini menyokong jentera anda dengan menghasilkan 1/1 Pilot Token.
Jika itu tidak cukup bagus, ia mempunyai abiliti tambahan. Apabila digunakan untuk tujuan memandu jentera, Pilot Token dikira sebagai 2 power – lalu membolehkan anda memandu kapal dan jentera yang lebih besar dengan mudah. Ini bagus untuk “snowball”, kerana menggunakan mecha dapat menjana sumber untuk mencipta lebih ramai juruterbang, yang seterusnya membolehkan anda memandu jentera yang lebih besar.
Kad MtG Prodigy’s Prototype akan keluar melalui expansion Kamigawa: Neon Dynasty pada 18 Februari, jadi pastikan korang mendapatkan “booster box” jika ingin membina dek robot gergasi dan ninja siber sendiri.
Untuk segala maklumat kami tentang MtG (Magic the Gathering), sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post