Berikutan dengan acara Ubisoft Forward, mereka telah mengumumkan Just Dance 2023 Edition dan ia bakal dilancarkan pada bulan November 2022 di Nintendo Switch, PlayStation 5 dan Xbox Series X|S.
Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga mendedahkan beberapa ciri-ciri penting yang akan ditawarkan di dalam game ini. Berikut adalah ciri-ciri pentingnya:

- Online Multiplayer – Buat pertama kali dalam francais Just Dance, pemain boleh menikmati game penuh online dan boleh dimainkan sehingga lima orang pemain dari seluruh dunia. Semua pemain akan disambungkan ke menu hos, membenarkan mereka untuk berinteraksi antara satu sama lain melalui sistem sticker emote baharu, memilih lagu dan bermain di lantai tarian bersama-sama, tidak kira di mana mereka berada. Group Online akan menyokong cross-play, manakala pemain boleh terus menikmati local multiplayer juga!
- New Art Direction and Redesign UI – Lompat ke dunia baharu Just Dance, lengkap dengan rupa dan rasa yang segar, dunia 3D yang mengasyikkan dan menu navigasi intuitif.

- Powerful Recommendation System: Sistem pengesyoran baharu dan dipertingkatkan menawarkan senarai playlist yang disesuaikan kepada pemain dan lagu pilihan tersedia di hujung jari.
- Progression and Reward – Pemain boleh naik dalam barisan dengan sistem progress serba baharu, membolehkan mereka memperoleh mata dalam game untuk setiap tarian yang lengkap. Mata ini akan digunakan untuk membuka ganjaran baharu, seperti menyesuaikan kad penari buat kali pertama dalam Just Dance! Pemain boleh menggunakan kad penari mereka agar sesuai dengan personaliti mereka sendiri dengan mengubah suai avatar, latar belakang, lencana nama dan alias. Mereka juga boleh menebus mata untuk menerima pelekat emote, yang boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan pemain lain dalam Kumpulan Dalam Talian.
- Free Content Update – Just Dance akan menyediakan kemas kini yang tetap dan berterusan supaya pemain boleh mengharapkan mode permainan, lagu dan musim bertema baharu untuk tahun-tahun akan datang!

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang Just Dance 2023 akan menampilkan lebih banyak lagi lagu dengan menambah 40 lagu baharu yang viral di internet dan lagu original. Berikut adalah lagu-lagunya:
- “Physical” daripada Dua Lipa
- “More” daripada K/DA Ft. Madison Beer, (G)I-DLE, Lexie Liu, Jaira Burns & Seraphine
- “CAN’T STOP THE FEELING!” daripada Justin Timberlake
- “Love Me Land” daripada Zara Larsson
- “Locked Out of Heaven” daripada Bruno Mars
- “STAY” daripada The Kid LAROI & Justin Bieber
- “Sweet But Psycho” daripada Ava Max
- “Rather Be” daripada Clean Bandit Ft. Jess Glynne
- “If You Wanna Party” daripada The Just Dancers
- Dan banyak lagi lagu yang akan diumumkan dari semasa ke semasa!

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Just Dance 2023 Edition akan dilancarkan pada bulan November 2022 di Nintendo Switch, PlayStation 5 dan Xbox Series X|S. Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai Just Dance, sila klik pautan ini.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post