Disahkan sendiri oleh United International Pictures Malaysia, Jurassic World Dominion telah ditayangkan di pawagam Malaysia pada hari Khamis 9 Jun lalu, dan dengan cepat ia telah menjadi filem nombor 1 di dunia dan Malaysia.
Filem ini juga merupakan filem nombor 1 di Malaysia dengan tayangan hujung minggu terbesar bagi tahun untuk 2022, nombor 1 dalam tayangan hujung minggu terbesar untuk era pandemik, dan nombor 1 dalam tayangan hujung minggu terbesar sepanjangan masa untuk filem IMAX.

Selain itu, Jurassic World Dominion memegang kedudukan ke-3 dalam tayangan hujung minggu terbesar untuk filem daripada Universal, di belakang Fast & Furious 7 dan Fast & Furious 8.
Jurassic World Dominion kini ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia. Mari alami kisah ini di layar perak untuk melihat kesimpulan epik kepada era Jurassic ketika dua generasi bersatu buat kali pertama.

Dibintangi oleh Chris Pratt sebagai Owen Grady dan Bryce Dallas Howard sebagai Claire Dearing, mereka akan ditemani oleh pelakon Jurassic Park original iaitu Jeff Goldblum (Dr. Ian Malcolm), Sam Neill (Dr. Alan Grant) dan Laura Dern (Dr. Ellie Sattler), di mana masing-masing akan melakonkan watak ikonik mereka daripada francais Jurassic.
Berikut adalah sinopsis:
Jurassic World Dominion berlangsung empat tahun selepas peristiwa Isla Nublar dimusnahkan dalam zaman di mana “dinosaur kini hidup—dan memburu—bersama manusia di seluruh dunia”. Keseimbangan antara spesies sudah rapuh dan ini akan membentuk semula masa depan dan menentukan, sama ada manusia atau makhluk paling menakutkan dalam sejarah, akan kekal sebagai pemangsa apex di planet.
Untuk segala liputan kami tentang Jurassic World Dominion termasuk review kami, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post