Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jumpa Masahiro Inoue, pelakon Kamen Rider Decade di Times Square pada 10 – 12 Feb!

Alan Fikri by Alan Fikri
January 10, 2023 - Updated on January 11, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Tokusatsu
0 0
0
Jumpa Masahiro Inoue, pelakon Kamen Rider Decade di Times Square pada 10 – 12 Feb!
Share on FacebookShare on Twitter

Starlight Fantasy 2023 dengan bangganya mengumumkan acara mereka iaitu Sentika Zisalis Tokusatsu Series Roadshow yang pertama di Malaysia. Kepada peminat siri Kamen Rider Decade, inilah peluang anda untuk berjumpa dengan pelakonnya, Masahiro Inoue di mana acara ini akan berlangsung di Berjaya Times Square pada 10 Februari hingga 12 Februari 2023.

Berikutan dengan highlight untuk acara Starlight Fantasy ini, Masahiro Inoue akan membuat penampilan istimewa untuk peminat di Malaysia. Jika anda peminat Kamen Rider, sila pastikan agar tidak terlepas peluang ini supaya dapat berjumpa dengan pelakon siri kegemaran anda!

Selain itu, seperti sebelum ini, kita boleh jangkakan lebih ramai cosplayer akan hadir untuk memeriahkan suasana acara serta pelbagai aktiviti menarik yang boleh pengunjung sertai.

Untuk pengetahuan anda, Masahiro Inoue pernah hadir di Malaysia untuk acara Inoue in Malaysia Fan Meeting 2022 di Pulau Pinang pada 17 Julai tahun lalu. Acara tersebut dihoskan oleh DreamMakers dan KR Studio Base.

Terdapat pelbagai aktiviti telah diadakan termasuklah sesi soal jawab, sesi gaming, malah ada sesi bergambar beramai ramai.Berikutan dengan acara Fan Meeting itu, Masahiro Inoue juga menyertai aktiviti dan berinteraksi dengan peminat di Malaysia. Acara itu dianggap sebagai acara luar talian pertama pelakon Masked Rider di Malaysia.

Masahiro Inoue, berumur 34 tahun ialah pelakon daripada Jepun dan wakil pengarah Anime International Company (AIC) RIGHTS. Dia memulakan karier lakonannya sebagai Keigo Atobe dalam Musical: The Prince of Tennis: The Imperial Presence sebagai sebahagian daripada Hyotei B cast. Pada tahun 2009, dia telah berlakon sebagai watak utama dan memainkan peranan sebagai Kamen Rider Decade/Tsukasa Kadoya.

Sekali lagi saya ingatkan, kepada peminat tokusatsu dan siri Kamen Rider Decade, jangan lupa untuk kunci tarikh anda pada 10 Februari 2023 hingga 12 Februari 2023 untuk acara Starlight Fantasy 2023 di Berjaya Times Square dan berpeluang berjumpa dengan Masahiro Inoue. Bukan senang acara sebegini untuk ada di Malaysia, dapat berjumpa dengan pelakon Kamen Rider Decade pula!

Untuk liputan lain mengenai tokusatsu, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Kamen Rider DecadeMasahiro InoueStarlight FantasyStarlight Fantasy 2023Tokusatsu
Previous Post

Anime “brutal+matang” Bastard Season 2 akan tiba di Netflix pada tahun ini!

Next Post

Trailer baru Ant-Man and The Wasp: Quantumania bagi teaser perlawanan diantara Scott Lang & Kang the Conqueror

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Trailer baru Ant-Man and The Wasp: Quantumania bagi teaser perlawanan diantara Scott Lang & Kang the Conqueror

Trailer baru Ant-Man and The Wasp: Quantumania bagi teaser perlawanan diantara Scott Lang & Kang the Conqueror

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd