UPDATE: Bermula hari ini, Jump Force versi digital sudah dibuang dari semua kedai digital untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC mulai hari ini, 8 Februari. Server online akan ditutup pada 25 Ogos, tetapi beberapa ciri akan kekal boleh diakses walaupun server ditutup. Anda boleh teruskan membaca artikel asal di bawah untuk info lanjut.
Bandai Namco Entertainment America mengumumkan hari ini bahawa mereka akan menamatkan semua jualan digital untuk Jump Force pada 7 Februari 2022, jam 5 PTG PT. Penamatan jualan digital termasuk semua konsol seperti: PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Semua DLC untuk permainan, yang termasuk Character Pack dan mata wang dalam permainan, juga akan dibuang daripada kedai digital.
Server dalam talian kemudian akan ditutup pada 24 Ogos 2022, antara 6 petang hingga 10 malam PT. Apabila server ditutup, pemain tidak akan dapat log masuk ke lobi multiplayer. Pemain juga tidak dapat melihat Notice Board atau Leaderboard, tidak akan menerima hadiah daripada Reward Counter, tidak boleh pergi ke kedai dalam permainan dan tidak boleh menyertai Online Ranked Match. Semua fungsi singleplayer boleh dimainkan, tetapi hanya secara “local”.
:no_upscale()/cdn.vox-cdn.com/uploads/chorus_asset/file/13759945/jump_force_dai_3840.jpg)
Menurut Twitter rasmi, ia hanya akan dibuang di wilayah Amerika sahaja. Tetapi selepas melihat info di laman web, ramai juga yang mengatakan Bandai Namco akan buang Jump Force di seluruh dunia secara digital kerana tarikh penutup juga menyebut tentang zon masa di negara lain termasuk Jepun. Buat masa ini, sebab sebenar tidak diberikan tetapi saya akan laporkan apabila mendapat maklumat lanjut.
Bagi mereka yang tidak tahu, Jump Force adalah game fighting crossover yang dikembangkan oleh Spike Chunsoft dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment, yang menampilkan watak seperti Goku, Naruto dan Luffy dari pelbagai siri manga dan anime dari majalah Weekly Shonen Jump terbitan Shūeisha. Pemain dapat membina pasukan manga/anime sendiri yang terdiri daripada tiga watak dan membawanya ke medan pertempuran.

Kami pernah membuat review untuk game ini pada tahun 2020 oleh @agent-13k dan berikut adalah antara tulisannya:
“Di buat oleh Spike Chunsoft untuk meraikan tahun ke 50 Komik Jump! Jump Force sememangnya game yang bagus dari segi gameplay, grafik yang cantik dan game ni sememangnya senang untuk belajar!”

Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.
Sumber – GamerBraves
@gamersantaimy
Discussion about this post