EA terus mengalami masalah dengan entri game FPS mereka iaitu Battlefield 2042. Walaupun game Battlefield sebelum ini juga mempunyai masalah yang sama semasa pelancaran, tetapi ia tidaklah seteruk Battleffield 2042 dan masalah tersebut selesai dengan cepat. Malang untuk Battlefield 2042 kerana bilangan pemain terus merosot hari demi hari. Baru-baru ini, game tersebut juga telah mencapai rekod baru dengan jumlah pemain kurang 1000 untuk kali pertama.

Battlefield 2042 yang telah dilancarkan pada November 2021 dan fokus kepada kandungan multiplayer. Jadi, ia sangat bergantung kepada jumlah pemain dan dengan perkembangan terbaru ini, jelas menunjukkan bahawa Battlefield 2042 tidak mempunyai nasib yang baik. Lebih-lebih lagi ia telah dilancarkan sejak enam bulan yang lalu dan juga entri terbaru untuk francais Battlefield.
Laporan mengenainya datang daripada forum ResetEra yang memetik data ini melalui SteamCharts. Pada 11 April lalu, seramai 979 orang pemain yang bermain BF 2042 menurut carta tersebut. Ini merupakan kali pertama jumlah pemain BF 2042 merosot sehingga bawah 1000. Lebih mengejutkan, Battlefield 5 mempunyai lebih daripada 9000 pemain pada waktu yang sama. Tetapi ini hanya pada platform Steam sahaja dan tidak termasuk konsol.

SteamCharts juga menunjukkan bahawa Battlefield 2042 mempunyai, secara purata mempunyai 1,962 pemain sepanjang 30 hari yang lalu. Sekali lagi, jumlah itu jauh lebih rendah daripada purata Battlefield 5 sepanjang bulan lalu, iaitu sekitar 11,584 pemain. Situasi pemain begitu teruk sehingga Battlefield 2042 diatasi oleh dua game lama lain dalam siri ini iaitu Battlefield 1 dan Battlefield 4.

Syukurlah, DICE telah pun mengakui beberapa kritikan terbesar yang diberikan pada game itu. Walaupun BF 2042 masih belum menerima kemas kini kandungan Musim 1, ia sudah mula menerima beberapa perubahan besar. Baru-baru ini, DICE membalas maklum balas pemain dan memperincikan rancangannya untuk menangani pelbagai isu peta dalam BF 2042, seperti traversal, line of sight, pathing dan cover. Ini menunjukkan bahawa DICE masih belum berputus asa pada game tersebut, walaupun pangkalan pemainnya terus berkurangan. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Battlefield, sila klik pautan ini.
Sumber: Gamerant
@gamersantaimy
Discussion about this post