Setelah lebih 200 bab, akhirnya manga Jujutsu Kaisen mendedahkan rupa sebenar Ryomen Sukuna, antagonis kedua dalam siri. Setelah dia berjaya mengawal badan Megumi, dia kini dalam misi untuk membunuh Yorozu, yang kini dalam badan kakak Megumi, Tsumiki. Mereka berdua telah pun bertarung dengan masing-masing mempertaruhkan hidup mereka. Pertarungan pendek antara mereka juga menghampiri penamat dalam bab 219.

AMARAN! Ada spoiler manga Jujutsu Kaisen di bawah!
Dalam bab terbaru ini, kita telah melihat flashback zaman Heian, di mana Sukuna dan Yorozu masih hidup di badan masing-masing. Di sinilah kita didedahkan dengan rupa sebenar Sukuna yang sering diceritakan. Seram juga melihat rupanya itu. Bagaimanalah Yorozu boleh suka padanya?

Selepas itu, kita kembali ke pertarungan antaranya mereka berdua. Yorozu telah menghidupkan teknik kuat yang dipanggil “True Sphere” dan menghidupkan Domain Expansion-nya “Threefold Affliction.” Dia terkejut melihat Sukuna tidak bergerak memandangkan dia boleh sahaja pecahkan Domain Expansion miliknya.

Rupa-rupanya Sukuna mempunyai rancangan lain. Dia telah mengambil headgear di atas kepalanya dan menyeru Mahoraga. Sekelip mata sahaja True Sphere dan Domain Expansion Yorozu dimusnahkan. Akhirnya meragut nyawanya termasuklah Tsumiki.

Nampaknya Megumi mungkin akan kecundang dan Sukuna sudah pasti gembira dengan badan barunya itu. Agaknya di manalah Yuji dan yang lain? Megumi betul-betul dalam bahaya kali ini.
Kalau anda belum baca bab terbaru, anda boleh membacanya di aplikasi atau laman web MangaPlus. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Jujutsu Kaisen daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post